Showing posts with label PARENTING. Show all posts
Showing posts with label PARENTING. Show all posts

Sunday, 24 March 2019

TIPS MENGURANGKAN KEMBUNG PERUT BABY YANG MOMMIES KENA TAHU.

TIPS MENGURANGKAN KEMBUNG PERUT BABY


“Resah gelisah je hati bila dengar anak asyik MENANGIS je kembung perut agaknya?

Biasanya kalau Mengurut mungkin dapat melegaan perut si kecil.
Tapi.....mommies kena tahu punca utama berlakunya kembung perut pada si kecil tu.

STEP UTAMA KENAL PASTI PUNCA KEMBUNG PERUT. 
SI KECIL kerap menangis disebabkan sakit perut Biasanya berkaitan dengan ‘colic’. Itu adalah masalah yang normal don't worry.

Berikut adalah tanda si KECIL kembung perut:

* kerap menangis berterusan tanpa henti.

* bayi baru lahir sehingga 6 bulan selalu mengalami kembung perut.

* Menangis sekuat hati, menarik kedua belah kaki ke bahagian perut dan tangannya digenggam.

*Tukar lampin sudah, menyusu pun sudah, tapi si kecil masih MENANGIS itu pun salah satu tanda bayi kembung..


CARA BERKESAN MASALAH KEMBUNG PERUT YANG BETUL.
.

1. TEKNIK MENYUSUKAN SI KECIL DENGAN BETUL


Sekiranya bayi menyusu badan, Mommies perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
.
Pada awal kelahiran, bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan mengetahui posisi penyusuan yang betul.
.
Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’.
.
Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan mommies daripada melecet atau terkena “Niple Crack” yang amat pedih!
.
2.PASTIKAN PUNTING SUSU YANG SESUAI 


kalau bayi mommies menyusu daripada botol, pastikan mommies menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
.
Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan perut bayi tidak selesa.
.
3. KALAU MINUM SUSU FORMULA PASTIKAN YANG SESUAI  


Masalah kembung perut pada bayi mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu.
.
Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
.
Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
Sebaik-baiknya, cuba dapatkan ibu susuan yang mempunyai stok susu lebihan.
.
Jika tidak, tukar kepada susu soya atau susu kambing jika bayi alah dengan susu lembu.
.
4. SEDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU


Bayi yang kurang disendawakan akan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
.
Gunakan teknik yang tepat untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya!
.
Muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.
.
5.MEMBERIKAN SI KECIL URUTAN BERSAMA MINYAK BERAROMA / BALM ESSENTIAL OIL T-RUB DARI TASNEEM. 



Gunakan minyak/balm beraroma untuk disapukan pada perut bayi dan urutkan I LOVE U.

Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu keselesaan sehingga bayi berhenti menangis.
.
Bagi yang beragama Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir, selawat dan doa
semoga mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
.
Tapi, pastikan anda mengetahui cara mengurut yang tepat!


.
Kembung perut tidak bahaya kecuali mommies nampak ciri-ciri seperti:
.
Apabila ia muncul dengan tanda penyakit lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit, sembelit, atau demam.
.
Kembung perut bayi juga tidak akan menimbulkan kesan sampingan pada masa akan datang.
.
Hanya anda yang tahu betapa mencabarnya menangani masalah tangisan anak berterusan, lebih-lebih lagi jika anda sedang berpantang di rumah ibu atau mertua.
.
Kebanyakan ibu akan menjadi tertekan kerana malu tidak dapat mendiamkan anak mereka sendiri.
.
Jadi, cuba tarik nafas yang panjang dan fokuskan terhadap si kecil.
.
Jangan fikirkan tentang perkara lain. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa bimbang dan mengesyaki ada masalah lain pada bayi anda.

Untuk lebih mudah mommies Boleh jugak dapatkan balm tasneem T-rub
Dari agen sah atau click link biru dibawah untuk sebarang pertanyaan 
ATAU boleh visit page:
https://www.facebook.com/babyshop.lvcumimaya/

www.wasap.my/60183996546/trubblog
.
LIKE dan SHARE jika mommies rasa bermanfaat.

Saturday, 16 March 2019

FITRAH ANAK KECIL KITA BERMAIN▪




Membaca perkongsian ustaz dato Dr izhar, ummi terpanggil untuk berkongsikan kepada ibubapa diluar sana tentang hal penderaan yang kita lakukan  tanpa kita sedar kepada anak kita. Bukan lah niat untuk menghalang laluan mendidik anak-anak tetapi kita perlu berikan mereka sedikit masa untuk mereka terokai dunia kecil mereka.

Ummi sendiri menghantar maya ke taska bukan lah untuk memaksa dia belajar supaya jadi pelajari terbaik, tetapi ummi menghantar dia untuk bermain bersama rakan-rakan sebaya. Tidak lah salah untuk kita menghantar anak kita ke sekolah awal. Tetapi cukup lah kita berikan mereka lebih banyak masa bermain bersama rakan sebaya yang terokai dunia kecil seperti mereka. bermain adalah pelajaran pertama mereka  kita tak perlu mendera mereka sekolah pagi sampai ke malam.

Bayangkan kita tak dapat menikmati moments Indah yang tidak mungkin dapat kita lihat lagi apabila mereka dewasa.

Ummi harap perkongsian ini kita ambik mana yang bermanfaat sahaja. Apa pun kita memang ibubapa yang mahu kan hanya yang terbaik untuk anak kita. Bayangkan kalau kita tua anak sibuk hal. Dunia seperti kita. Dia hantar kita ke tempat jagaan dan jumpa kita beberapa jam sehari sahaja apa kah kita bahagia dilayan begitu kelak?

Semestinya tidak, oleh Itu kita sama-sama lah hargai moment bersama anak kita kerana waktu kecil mereka sangat sedikit dan masa ini memory ingat an mereka sangat kuat untuk ingat apa kita buat pada mereka. Jom kita baca beberapa points dari ustaz Dr izhar ni.



1. Hari ini impian kita sebagai parent semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Melihat anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

.
Untuk Ibubapa sekalian 

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

.
▪Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada▪

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

.
▪Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga▪

▪Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka▪

▪Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka▪

.
Kredit : Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff

Semoga dapat memberi manfaat

#lvcumimaya

Thursday, 7 March 2019

ALTERNATIVE MENENANGKAN ANAK AUTISME


[ANAK AUTISM JADI TENANG LEPAS SAPU BALM AJAIB]
=================================.
.
“ISHHH....MALULAH DUK BUAT PERANGAI ORG TENGOK”
.
.
Dulu tu lah yg duk keluar dari mulut mama pujuk si Abg Long yg suka tantrums x kira tempat,Kalau dia nak mengamuk dia x peduli.
.
.
Tapi Alhamdulillah nasib baik lah jumpa Satu balm ni,product yg berasaskan essential oil,bau dia sedap Kemain...mmg sesuai dgn gelaran CALM.
.
.
Size dia comel je,yg penting bukan minyak angin,cepat pulak tu serap.mama sapu utk along dgn Mama skli rasa nk lena.
.
.
Owh Ye abg Long ni ank istimewa dia autism so memang suka tantrums.doctor pun mmg suggest mama Guna essential oil utk Abg long utk buat dia relax.
.
.
Alhamdulillah skrg mama dah jumpa yg terbaik utk Abg long.skrg bukan je behave senang pulak tu nak tido,Kalau tak smpi ke pagi berjaga.
.
.
Harga pun x mahal memang mampu milik,mama beli RM57 je siap postage tahan 3 bulan lebih tau.
.
.
Mama recomend sgt utk mak-Mak yg ada anak istimewa mcm Abg Long cuba lah pkai Insyaallah membantu.


#tasneemnaturel

TIPS KHAS UNTUK MAK MAK YANG LEPAS MARAH ANAK RASA MENYESAL 😭


KHAS UNTUK MAK MAK YANG LEPAS MARAH ANAK RASA MENYESAL 😭

Ini antara formula yang admin genggam kuat setiap hari :

1) 1 minute pause ; Setiap kali rasa nak marah , pause-kan selama satu minit . Jangan cakap apa-apa , jangan buat apa-apa , just pause .

Dah habis satu minit tu , percayalah bahawa kita akan lebih rasional & marah dengan cara betul bukan marah yang membuta tuli sampai rosakkan emosi anak .

2) Bernafas dengan betul ; admin suka buat "Emotional Deep Breathing" walaupun takde rasa nak marah . Buat saja-saja pun emosi & fikiran jadi lebih tenang & "bersih" .

Caranya senang je , tarik nafas dalam-dalam , tahan sekejap & hembuskan sehabis-habisnya sambil bayangkan segala yang negatif dalam diri kita ni keluar sekali dengan hembusan nafas tadi .

Sebenarnya banyak lagi formula lain yang admin buat & Alhamdulillah memang nampak sangat improvement bukan je pada hubungan admin& 'maya tapi dalam bab rumahtangga & bisnes admin juga .

Emosi ni sangat penting untuk dikawal gais .
Bukan emosi kita je tapi emosi anak sekali .

Kegagalan kita kawal emosi boleh bagi kesan buruk dikemudian hari , kena tahu tu , jadi jangan ambil remeh bab ni☝

Oh ya , sekarang kan , setiap kali 'maya bangun pagi dia akan kiss banyak kali muka admin& peluk admin siap tepuk-tepuk macam dah lama tak jumpa 😍 .

Bila admin tegur apa-apa pun dia lebih mudah dengar walaupun admin tahu dia mungkin belum faham 100% - ini admin nampak sejak admin guna teknik bercakap yang betul .

Semua ni Admin belajar dari "Ebook Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu & Anak" by Dr Taufiq Razif .

Korang pun patut ada sorang satu , jadikan rujukan & panduan . Bukan untuk yang ada anak kecil je , anak dah besar or parent-to-be pun patut baca .

Admin tak jual ya .
Admin cuma share .
Jangan dera emosi anak .

KENAPA PENGASUH MARAH-MARAH


[KENAPA PENGASUH MARAH-MARAH?]

.

Demi keselematan anak, parents yg hantar dekat pengasuh kena ambil masa sikit untuk baca ni ya. Tolong tag juga kawan² yg berkaitan sebab sharing is caring 😊
.

Hakikatnya, kadang² kita pun boleh hilang sabar bila anak² dah start buat perangai. Cakap 2-3 kali xmo dengar, terlepas jugaklah tangan tu kan. Itu anak sendiri. Inikan pulak pengasuh, mereka pun ada emosi dan masalah sendiri yang kusut dlm kepala.
.

Bayangkan seharian si anak buat perangai, tambahan pula bukan seorang yang dijaga dan semua anak² asuhan merengek nak itu ini. Memang keluar asap la kat telinga pengasuh. Kalau bernasib baik dapat yg sabar tinggi kira untung la. Tapi kalau dpt yg lebih kurang mcm kita? Tu yg risau jadi benda² yg tak sepatutnya. Nauzubillah, mintak dijauhkan...
.

Puncanya begini. Anak² kita meragam dan buat perangai sebab kondisi tertentu. Biasanya kalau x sihat, lapar, mengantuk dll. Tapi anak² zaman ni lain macam sikit. Ada satu faktor tambahan yg lead kepada attitude mereka.

.

PHONE

.

Anak moden dah terdidik untuk diam dan behave jika dijamu dengan phone. Tgk utube, main game dll. Jadi tanpa phone memanglah mati akal anak² tu. Hilang punca dan akhirnya membawa kepada tantrum dan aggressiveness. Masa tu lah kesabaran semua org teruji!
.

Kalau tak percaya boleh perhatikan sendiri. Tak perlu jauh, tgk disekeliling kita sudah. Anak abg, anak adik, anak jiran, anak kawan² dan seangkatan. Majoriti budak² sekarang memang membesar dengan phone di tangan dari seawal² usia…

.

Solusinya?
.

Once dah terjebak, memang xde jalan pintas! Perlukan effort parents untuk didik semula anak² supaya bebas dari pengaruh phone. Buat rutin baru untuk atasi keinginan terhadap phone agar mereka boleh berfikir dengan kreatif cara nak isi masa sendiri.
.

Anak² masih kecil, jadi tak terlambat untuk bentuk mereka sekarang. Ada byk sharing tentang cara nak jauhkan anak dari phone dan salah satu yg berkesan ialah COLD TURKEY APPROACH. Kalau malas nak cari boleh follow link ni ==> https://goo.gl/jhaF8Q
.

Ingat ya parents, jangan selfish. Besarkan anak² dgn penuh tanggungjawab. Terutamanya anak² kecil yg bawah 5 tahun. Sebab masa ni 90% otak sedang mekar berkembang, dia serap semua macam sponge. Kalau asyik tgk utube, maka utube lah yg diserap kedalam kepala mereka. Sewajarnya, masa ini di gunakan sepenuhnya untuk kebaikan masa depan mereka. Bantu mereka develop, barulah boleh saing dgn anak angkasawan :)
.

Yang utama, anak dapat berkembang secara alami supaya dia jadi lebih bijak, berdikari dan sihat. Dengan cara ini, kita sebagai parents pun akan lebih bahagia dan yakin. Nak hantar kat pengasuh pun tak risau sgt sebab anak boleh behave dan pandai bawa diri.

.

P/s: Untuk anak² bawah 3 thn, boleh start expose dgn toys yg dpt merangsang kreativiti dan fine motor skill mereka mcm building blocks, simple puzzle, popup book, mainan sensory dan busyboard. Boleh google mana nak cari.
.

Rujukan: Harvard Centre for The Developing Child.

HELICOPTER PARENT PSIKOLOGI MASA DEPAN ANAK



Assalamualaikum

Pagi ni ummi nak mengupas sedikit topic dari Dr rozanizam, topic yang KERAP. Berlaku dikalangan ibu bapa masa kini.

Sikap menjadi helicopter or cctv kepada ada bukan lah tidak bagus. Tetapi cukup berpada-pada serta memberikan. Peluang kepada anak untuk hidup dengan cara mereka sendiri. Jom baca dan fahami dengan lebih jelas.


"Cikgu, boleh tolong listkan apa kerja sekolah weekend ni.. anak saya tak ingatlah.. "

Bila terbaca banyak rungutan dan komentar tentang guru yang terpaksa melayan karenah ibu bapa dalam whatsapp kelas, saya terpanggil untuk berkongsi tentang istilah HELICOPTER PARENTING

1. Istilah ini mula diperkenal oleh Dr Ginott (1969), merujuk kepada sikap sesetengah ibubapa yang suka 'hovers over' anak-anak seperti helikopter risikan yang memerhati suasana sekeliing. 

2. Ibubapa sebegini lebih cenderung untuk melakukan semua aspek bagi pihak anak. Ia mungkin bermula dengan niat yang baik untuk memastikan yang terbaik untuk anak. Namun akhirnya terlajak sehingga membuat semua benda 'bagi pihak' anak-anak. Dari kerja sekolah, cara berkawan, minat apa, aktiviti kurikulum sampailah kepada perkara remeh temeh.

3. menurut kajian American Psychological Association (APA), kaedah parenting sebegini akan memberi kesan negatif terhadap kemampuan kanak-kanak mengendalikan emosi dan tingkahlaku sendiri.

4. Akibatnya kanak-kanak ini lebih cenderung berperilaku bermasalah di dalam kelas, sukar mendapat kawan, mengalami masalah dalam pelajaran dan akhirnya sukar untuk mengurus cabaran hidup apabila dewasa.

5. Ibubapa sebegini selalunya digambarkan sebagai 'hyper-present physically but absent emotionally'. Maksudnya cuba hadir secara fizikal dalam hidup anak untuk memastikan aspek fizikal anak-anak diurus dengan baik, tetapi sebenarnya mengabaikan psikologi anak-anak dengan tidak membenarkan anak-anak belajar untuk berkembanh secara fitrah yang sesuai dengan keadaan dan fasa mereka.

6. Ibubapa perlu beri ruang untuk anak-anak belajar mengurus kehidupan sendiri sepadan dengan usia mereka. Jangan sub-conkan proses ini dengan micromanage segala aspek kehidupan anak menggunakan guru-guru.

7. Biarpun fasa dan zaman berubah, jangan jadikan teknologi sebagai ganti kepada proses alami anak-anak membesar.

Step back, dan muhasabah. Berpada dengan campurtangan, biar cukup rasa.

#psikologisikecil

https://www.apa.org/news/press/releases/2018/06/helicopter-parenting.aspx

KISAH SAYYIDAH FATIMAH & RASULULLAH


Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau  tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat.  Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat  dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1.     Membaca  Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.
2.     Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3.     Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4.     Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).

Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.

#lvcumimaya

Wednesday, 6 March 2019

MENCARI IBU YANG HILANG


“MENCARI MAK YG HILANG 17 TAHUN”

Assalamualaikum saya Nurul Aznah Sazlin binti zainal,ingin meminta bantuan kepada sesiapa yg ada Detail atau pernah berjumpa dengan Mak saya sazalinah mohd Shah boleh hubungi 018-3996546.mak saya telah hilang selama 17 tahun.kami sudah beberapa kali membuat laporan polis,Check JPN dan usaha mencari selama ni tapi masih gagal.kami mengharap kan ada sesiapa yg sudi membantu mendapatkan Info tentang Mak sy tolong hubungi sy.dibawah ada Detail terakhir dia.semoga allah membalas jasa baik anda semua mencari Mak sy terima kasih.

Nama:Sazalinah binti mohd Shah
Ic no: 670708106218
Alamat terakhir: Ni.44 jalan 19,pandamaran jaya 42000,pelabuhan klang.
Umur:51 masa hilang 34
Tinggi:dalam 156cm badan kurus dalam 45kg
Kulit:hitam manis ada tahi lalat dileher dan tepi kening.

Info:pakai t-shirts putih dan seluar Panjang warna coklat naik basikal.tak bawa pengenalan diri sebab pergi kedai beli barang.

#missingpeople
#sazalinahmohdshah
#doakanjumpamak
#viral

JOM KENAL VAKSIN


JOM KENAL VAKSIN MALAYSIA

Ummi yakin kita masih lagi didalam fenomena yang hangar diperkatakan saat ini. Anda tergolong dari golongan yang mana?

Oleh itu ummi Cuba cari solusi untuk kita faham apa itu vaksin.

Dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, ada 11 penyakit yang dilindungi oleh vaksin-vaksin tersebut (12 kalau di Sarawak). Jom kita kenal vaksin penyakit-penyakit itu secara ringkas.

1. BCG

Diberi seawal lahir, ia mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Kalau tak vaksin, dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal dan 1 dari 5 akan mati.

2. Hep B

Diberi dengan dos 3 siri iaitu seawal lahir, 1 bulan dan 6 bulan. Ia mencegah dari jangkitan virus hepatitis B. Virus ini kalau kena pada bayi, 95% daripada mereka tidak akan dapat melawan jangkitan ini dan menjadi pembawa kronik. Akibatnya mereka akan membesar dengan virus itu dan kelak boleh menjadi penghidap kanser hati. Bukan tu saja, pasangan dan keluarga mereka juga boleh dijangkiti kelak.

3. DTaP + IPV + HiB

D untuk diphtheria. Corynebacterium diphteriae adalah bakteria yang menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan kematian. Macam mana boleh mati? Bayangkan tekak anak anda tersumbat sehingga mereka tak boleh bernafas. Kematian akibat diphtheria adalah lebih tinggi pada kanak-kanak bawah 2 tahun dan mereka yang tidak divaksin. Kuman ini juga boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ. Bayangkan tekak anak anda disumbat dengan span bersalut lendir kuman sampai tak dapat bernafas, macam tu lah bila mereka dijangkiti.

T untuk tetanus. Bahasa Melayunya dipanggil kancing gigi. Orang selalu salah faham ingat kancing gigi ni kalau kena besi karat je. Sebenarnya kuman ini boleh ada di mana-mana dan di dalam tanah. Kita beri vaksin ini bagi melindungi dari kuman ini yang mudah masuk melalui luka. Kalau dijangkiti, pesakit akan mengalami kekejangan yang amat teruk sehingga boleh patah tulang sendiri. Rawatannya melibatkan kos yang mahal kerana memerlukan suntikan immunoglobulin. Kadar kematiannya adalah tinggi pada mereka tidak pernah melengkapkan sekurang-kurangnya 3 dos suntikan.

aP adalah untuk Pertussis. A tu untuk acellular. Dulu kita pakai whole cell pertussis vaccine. Tapi sekarang dah tukar kepada yang lebih selamat dan baru. Jangkitan pertussis ini digelar batuk 100 hari. Budak boleh kena, orang besar pun boleh kena. Budak kalau kena, memang dahsyat. Boleh tengok muka dia bertukar dari normal, ke merah, putih dan seterusnya biru pada satu masa. Ianya boleh membunuh. Kalau dah ambil vaksin, walaupun dijangkiti, ia tidak akan serius.

IPV adalah inactivated polio vaccine. Dulu kita pakai OPV, oral polio vaccine. Oral polio ni murah, sen sen je. Tapi banyak masalah. Maka KKM pun belanja lebih sikit untuk beli IPV bagi mencegah polio. Hasilnya, alhamdulillah polio dah tak ada kat Malaysia. Tapi baru-baru ni ada satu kes di Indonesia. Kalau masuk ke Malaysia, yang mula-mula kena adalah bayi kecil yang belum divaksin atau orang yang menolak vaksin. Kalau kena, risiko lumpuh adalah tinggi. Dan poliomyelitis tiada ubat. Otot pernafasan anda pun boleh lumpuh. Bayangkan, kalau kena polio, anda nak bernafas pun kena guna tenaga dan fikir macam mana nak bernafas tu.

HiB adalah vaksin untuk hemophilus influenza type B. Ni bukan vaksin influenza untuk flu yang ambil setahun sekali tu. Ini adalah vaksin bagi mencegah kuman HiB. Kuman ini biasanya menyerang selaput otak dan mengakibatkan kecacatan otak dan pekak.

4. MMR

Haa, yang ni banyak kontroversi. Bermula dari kajian Dr Andrew Wakefield, satu dunia gempar vaksin ini menyebabkan autism. Tahu tak kajian Andrew Wakefield tu dah ditarik balik? Dan tahu tak tiada satu kajian pun berjaya mendapatkan keputusan sama macam kajian dia. Malah, kajian pada lebih 1 juta kanak-kanak membuktikan vaksin ini atau merkuri dalam vaksin tidak menyebabkan autism.

M pertama adalah untuk measles. Measles ni orang panggil demam campak. Dia datang dengan demam dan ruam. Selalu juga ada mata merah dan batuk selsema. Tapi, banyak lagi jangkitan virus lain yang hampir datang macam measles. Kita gelarkan viral exanthem. Viral exanthem ini adalah demam dan ruam akibat jangkitan virus. Ia tak sebahaya measles. Dan masyarakat selalu salah faham, anak dah ambil vaksin tapi masih kena demam dan ruam. Walhal demam dan ruam itu sebab virus lain. Measles ni, perlu vaksin. Ia sangat mudah merebak. Dan ia boleh membunuh. Di Filipina sekarang, angka kematian akibat measles dah cecah 200 orang. Dan pada 2018, semua kematian akibat measles di Malaysia adalah dalam kalangan yang tidak menerima vaksin.

M nombor 2, mumps. Ianya adalah sejenis jangkitan disebabkan virus paramyxovirus. Ia boleh menjangkiti kelenjar air liur dan menyebabkan beguk. Biasanya ia tidak merbahaya. Tapi, salah satu komplikasinya adalah kemandulan. Jangkitan beguk ini boleh menyebabkan telur anda bengkak tak kisahlah anda lelaki atau wanita dan seterusnya menyebabkan kemandulan.

R untuk rubella. Ianya juga demam dan ruam. Ianya juga secara umum tidak merbahaya, tetapi, jika dijangkiti sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan lahir cacat otak, kepala kecil, mata buta, jantung berlubang dan pekak. Memang cacat. Bayangkan kalau berlaku wabak, dan isteri awak yang tengah mengandung pulak ada dalam lokaliti wabak tu. Baik semak mak pak mertua tu antivaksin ke tidak.

5. HPV. Ini vaksin baru. Ianya diperkenalkan bagi mencegah jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV ini adalah penyebab utama kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita. Tahu tak, kanser pangkal rahim ini adalah kanser kedua paling kerap berlaku pada wanita di Malaysia? HPV virus lah penyebab utamanya. Sebab itu kita vaksin kan anak gadis kita seawal 13 tahun. Sebab, kita tak tahu siapa yang ada jangkitan ini kerana pada kebanyakan masa, ia tiada simptom sampailah berlaku perubahan kanser pada pangkal rahim.

6. JE. Ianya vaksin khas untuk Japanese Encephalitis dan hanya diberi untuk Sarawak sahaja. Sebab apa, sebab risiko jangkitan masih tinggi di sana berbanding di semenanjung. Virus ini adalah bawaan nyamuk. Ianya boleh menyebabkan bengkak pada otak. Kecacatan otak kekal boleh berlaku pada 30% pesakit dan kadar kematian boleh mencapai setinggi 50%.

Jadi, ini lah kesemua vaksin yang disubsidi penuh oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak dapat dibendung dan kesihatan masyarakat terutamanya generasi akan datang, terjaga.

Tolak vaksin, dan kita akan lihat wabak berlaku, anak-anak kita lahir dengan kecacatan atau cacat akibat jangkitan serius. Saya pasti semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Maka vaksinkan lah anak anda.

Dr Amirul Amzar

Credit : kementerian kesihatan

TEKNIK URUTAN HIDUNG TERSUMBAT

Ok macam Ummi cakap tadi ummi Nak Share
#Doa #Point dan #Teknik urutan hidung tersumbat #selsema.

1:Sapukan Balm/minyak (sebaiknya balm Cf-rub sebab tak panas)pada tangan, kemudian letakkan tangan anda pada dada bayi. Urut dada bayi anda dengan lembut dalam bentuk jantung secara perlahan-lahan.

2:Urut bahagian dada anak dengan gerakan tangan yang menyilang pula. Lakukan ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.

3:Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Urut dengan perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.





4:Guna kan Balm CF-Rub sekerap mungkin ditapak kaki betis dan jugak tulang belakang




5:bacakan doa supaya anak cepat sembuh

Like  & Share

Credit :

#tasneemnaturel
#info
#tn000519

FIRA DEMAM PANAS DI KEJARKAN KE HOSPITAL KERANA DISERANG SAWAN





“Yang, bangun yang.”

“Fira yang, Fira !!!”

Kejadian lewat malam tu memang tak dapat dilupakan. Dengan keadaan panik dan kelang-kabut. Sampai Hampir nak excident. Cerita nya macam ni...
.
.
Fira dari umur lahir selalu selsema. Tak pernah rasanya selsema dia cepat baik. At least ada la sikit hingus kat hidung dia. Orang kata kalau anak selsema tu biarkan je nanti baik sendiri. Jue pun biarkan je sebab nak biar imun badan dia kuat!
.
.
Bila lama tak elok ada jue bawa jumpa doktor. Tapi doktor tak bagi ubat pun. Doktor bagi neb je. Nampak ok sikit fira bernafas. Time menyusu pun terus tertidur. Jue pun rehat sekejap
.
.
Hari jumaat tu jue baru je sampai kampung. Dah settle angkat barang...tengok Fira jap.
.
.
“Eh kenapa panasnye badan Fira ni. Ya allah fira demam!”
.
.
Menggelupur jue pergi dapur ambil air nak jerlum Fira . Tetiba jue baru teringat. Orang kata lemon dapat turunkan suhu badan. Jue pun cepat-cepat cari lemon dalam peti ais. Hurmm ada sebiji je lemon. Tu pun dah kecut...
.
Fuhhhh...lega sikit Suhu badan fira turun tapi masih panas sikit. Fira asyik batuk tanpa henti.
.
.
Jue pun terlelap ditepi fira. Baru beberapa minit terlelap jue terasa ada benda yang pukul jue. Jue bangun tengok fira dah kejang dengan mata terbeliak. Kaki dan tangan menghentak-hentak.
.
.
Fira diserang sawan! Jue terus mengejut hubby yang juga panik. Kitaorg cuba mengawal fira. Allhamdulillah dia berhenti tak lama lepas tu. Baru je kitaorg tarik nafas lega fira sekali lagi kejang. Dia diserang sawan buat kali ke dua.
.
.
Tapi kali ini lagi kuat. Tak terdaya rasanya hendak mengawal dia. Kitaorg terus bawa fira ke hospital. Jue yang memandu dan suami di tempat duduk belakang jaga fira.
.
.
Jue terlanggar lampu isyarat merah . Ada motosikal kat depan kereta jue membuatkan jue terus memijak pedal break serta merta.
.
.
.
Tayar kereta berbunyi. Kitaorg berhenti di tengah jalan seketika sampai ada lori membunyikan hon dengan kuat. Hubby kejutkan jue suruh jue terus memandu ke hospital yang hanya beberapa meter di hadapan.
.
.
Jue terus memandu di ruangan kecemasan. Kitaorg berlari masuk ke ruang kecemasan sambil menjerit memangil doktor. Doktor datang sambil mengarahkan hubby bawa fira ke katil kosong di hadapan.
.
.
Doktor mengambil langkah pantas menyediakan ubat untuk tenang fira dan terus fira terlentok . Jue sedih menangis semahu-mahunya. Hubby pun tergamam.
.
.
.
Doktor memanggil hubby dan jue untuk sesi konsultasi. Jue taknak tinggal kan fira sesorang tapi doktor kata fira akan tidur buat beberapa Jam.sebab percayakan doktor. Kitaorg pergi ke bilik Doctor dan doktor cerita kan sepenuhnya pasal Fira.
.
.
Hari ini fira dah boleh keluar hospital. Dia nampak ok ceria tapi batuk dengan selsema still ada. Nak tahu apa punca fira diserang sawan? Bila doktor buat CT Scan, beliau mendapati ada kuman di otak fira.
.
.
Kitaorg menangis bila doktor BAGI tahu macam tu. Tak tahu apalah nasib fira sebab doktor kata ini boleh mengakibatkan kecacatan total. Selsema dan batuk itu memburukkan lagi keadaan fira.
.
.
Jue menangis sampai tiada lagi air mata. Hibanya rasa di hati melihat masa depan Fira . Tapi doktor kata kita boleh lihat perubahan jika selsema dan batuk tu Boleh dikurangkan.
.
.
Ada menyarakan CFRUB TASNEEM iaitu BALM essential oil yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Jue search  terus beli. Jue cuba je dulu sebab Banyak dah beli Untuk selsema fira. Kalau bukan nurse yang recomend memang jue tak percaya lagi ubat-ubat di FB ni!
.
.
Lepas sapu CFRUB, terus fira muntah lendir. Memang panik kejap. Tapi lega sebab fira nampak senang bernafas. Jue sapu sekali lagi urutan macam dalam video yang diberi.
.
.
Tak lama lepas tu fira tidur. Dulu kerap batuk. Tapi sekarang tak lagi. Allhamdulillah. Jue Join rehat sekali
.
Jue bangun bila fira menangis. Ya Allah hampir 3 jam jue tertidur rupanya. Fira menangis dan minta ditukar lampin. Sekali lagi jue terkejut bila lihat pempers Fira penuh dengan lendir.
.
.
Jue happy sangat. terus keluar semua lendir kahak dan hingus dari badan fira. Ameen. Fira sudah boleh ketawa riang dan aktif bermain. Minum susu pun dah banyak. Lega rasa hati.
.
.
Tak sabar untuk check up seterusnya. Terima kasih Ya Allah kerana  kenal kan jue dengan Tasneem sebelum terlambat. Jue harap korang yang baca kisah jue yang panjang berjela ni janganlah putus asa walaupun dah berbakul ubat beli.
.
.
Beralihlah kepada Tasneem yang memang 100% natural dan mudah sangat meresap dalam kulit. Sebab tu Boleh nampak kesan yang cepat. Kalau mommy nak jugak komen je NAK. Nanti adalah’ yang bantu mommy.

Click link dibawah ni:
www.wasap.my/60183996546/blogtn



#tasneemnaturel
#lvcumimaya




Vaksin MMR adalah kombinasi 3 dalam 1 di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan.

Sejak pengenalan vaksin-vaksin ini, kes-kes jangkitan campak, beguk serta rubella telah berkurangan.

Akan tetapi, untuk memastikan virus-virus ini dari bangkit semula, kadar imunisasi negara perlu berada di tahap tinggi iaitu lebih daripada 95 %. (Ini bermakna kebanyakkan ibu bapa/penjaga menerima baik vaksin ini sepanjang masa).

Adakah anda sebagai ibu bapa telah memberi imunisasi kepada anak anda? Jika belum silalah ke klinik kerajaan yang berdekatan untuk mendapatkan imunisasi.

Dilaporkan negara Filipina pengambilan vaksin semakin menurun sejak beberapa tahun lalu. Anda melakukan langkah bijak dengan memastikan anak anda telah pun diberi imunisasi.

Sumber dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Thursday, 7 February 2019

5 Tips Bawa Bayi Bercuti dan Bermalam di Hotel

Bercuti dan bermalam di hotel dengan membawa bayi, mesti rasa mencabar kan? Malah ada di kalangan kita yang sanggup tangguh percutian kerana anak masih kecil. Tapi, rasa sayang pula kalau kita lepaskan peluang bercuti dan bermalam di hotel. Yelah, sekali-sekala nak lah juga ber-gateway kan. Rehatkan badan dan ambik udara luar dengan mood percutian di hotel. 


Jadi, Ummi nak share dengan korang 5 tips bawa bayi bercuti dan bermalam di hotel. 


1. Pilih bilik hotel yang selesa mengikut bilangan ahli keluarga yang kita nak bawa. 
Ini memang melibatkan bajet la kan. Sebab jenis bilik atau apartment dan facilities yang kita akan dapat bergantung jugak pada bajet yang kita sanggup keluarkan. Tapi, bila ada bayi, kenalah extra lagi perkara yang kita perlu fikirkan, agar semua ahli keluarga yang pergi rasa selesa.



2. Bawa extra keperluan khusus untuk bayi.
Contohnya seperti comforter atau quilt, bantal bayi dan tuala. Takmau la kasik bayi guna tuala hotel. Boleh bawa selimut, cadar dan bantal. Sebab kita mungkin perlukan lebih dan jika anak-anak jenis cerewet dan bantal hotel mungkin terlalu tebal untuk anak-anak, apalagi bayi. 

Balm Tasneem pun jangan lupa bawak. Manalah tau kang kembung perut (guna T-Rub Balm) atau kesejukan pulak dok dalam aircond (guna CF-Rub).  Calm Time untuk bantu elakkan bayi tantrum dan Sleep Time supaya bayi senang tidur dan tidur lena. Maklumlah, berubah tempat boleh mempengaruhi rutin tidur bayi. 

Pakaian tidur yang selesa dan stoking pun mesti ada, maklumlah dalam hotel kan ber-ekon. Kalau baby tak biasa tidur dalam ekon kat rumah, kesian dia tetiba bersejuk sampai ke pagi. Kalau tak selesa, mau baby menanges. So, prepare semuanya elok-elok. Buat list sebelum pergi, senang nak buat senarai semak.




3. Aplikasi HP atau laptop install siap-siap bacaan MP3 surah-surah pilihan, terutamanya Surah Al-Baqarah.
Yang ni, Ummi tak perlu ulas, kita mesti tau sebabnya kenapa kan? Seeloknya, jangan bagi bayi masuk dalam bilik dulu sebelum orang dewasa masuk. Orang dewasa yang mula-mula masuk tu (biasanya si ayah la kan?). Pastikan bagi salam sebelum masuk, baca surah-surah yang perlu dan pasang siap-siap surah Al-Baqarah. Lepas tu, baru bawa bayi masuk bilik.

Seeloknya bacaan ayat Al-Quran sentiasa berkumandang dalam bilik hotel, perlahan pun takper. Bila rasa suasana ok, bolehlah kalau nak off-kan. 




4. Check-in hotel sebelum waktu Asar.
Rancang perjalanan supaya kita sempat check-in hotel sebelum waktu Asar. Biasanya pukul 3pm kita dah boleh check-in. So,  bila dah masuk bilik tu, cubalah untuk tidak keluar dari bilik sehingga lepas waktu maghrib. Pasti kita tau kenapa kan?




5. Pastikan bayi sihat, kenyang, dah mandi dan rasa selesa
Bila bayi dalam keadaan yang selesa, InsyaAllah semuanya akan ok. Percutian kita pasti lebih menyeronokkan dan memberikan kenangan yang manis. Sebab itulah disarankan setiap keluarga memiliki 1 set Balm Tasneem. Semua 5 jenis balm ni senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan. Complete untuk berikan keselesaan kepada si manja dan juga seisi keluarga. 


Selamat mengamalkan tips bercuti dan bermalam di hotel bersama bayi yang Ummi share ini. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah walau di mana jua kita berada. Selamat bercuti kepada anda yang hendak bercuti! 

Nak beli balm Tasneem, boleh contact Ummi yer. 

Tuesday, 5 February 2019

Tips tantrums




Anak Tantrums atau mengamuk biasa terjadi pada usia 1 tahun - 3 tahun. mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.  Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.


2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- Anda boleh menyapukan sedikit essential oil bagi menenangkan anak atau nak mudah sapu balm calm time macam dalam gambar ni.



6- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.


Credit Info dari:Ibu Rose

#parenting
#tantrumanak
#lvcumimaya

Thursday, 17 January 2019

DOA UNTUK SI ANAK YANG NAKAL

DOA UNTUK SI ANAK YG NAKAL?

Biasanya benda ni memang ramai parent yang buat betul tak? Minta ustaz bagi air untuk bagi si anak tak lasak?

OK jom ummi share kisah parent ni semoga ada pengajaran untuk kita semua.


Mommy : Ustaz, saya penatlah, anak-anak aktif, cakap kena jerit-jerit, rumah semak. Ustaz ada ayat tak, nak bagi anak dengar cakap?

USTAZ : daddy mereka buat apa?

Daddy : Saya pun larang juga ustaz, kadang-kadang tak sabar, rotanlah habuannya, oklah sekejap. Lepas tu, ulang balik. Naik penat dah.

USTAZ : Anak berapa orang ya?

Daddy : 2 orang, ustaz. 1 girl 1 hero.




Mommy : Lasak ustaz. Kot kalau ada ayat pelembut hati untuk anak-anak bagi dengar cakap, bagilah ustaz. Kami cuba.

USTAZ : Umur berapa ya anak-anak?

Mommy : Yang sulung

5 tahun, yang bongsu 3 tahun.



USTAZ : So, sekarang nak ayat bagi anak lembut hati, dengar cakap la ye?

Mereka berdua sama-sama mengangguk.

USTAZ : Sebelum saya nak bagi ayat untuk amalan, saya ada soalan nak tanya. Boleh?

Daddy : Boleh ustaz. Boleh.

USTAZ : Sekarang masing-masing lasak, ‘tak dengar’ cakap, rumah semak. Nak tanya, masa mereka berumur 18 atau 20 tahun, agak-agak rumah semak lagi tak? Boleh Nampak mereka berlari-lari dalam rumah tak? Ada Nampak mereka lompat-lompat atas sofa di rumah tak? Ada Nampak mereka main air dalam bilik air tak? Ada Nampak mereka tukar-tukar baju, kemudian datang depan kita, tanya kita, “MOMMY, DADDY , CANTIK TAK?” Agak-agak dalam 8 tahun lagi, ada Nampak tak semua itu dalam rumah kita?

mereka tertunduk diam. Mommy menitiskan air mata. Si Daddy pulak terkedu terdiam.

Ustaz : Fitrah anak-anak adalah bermain. Kita sebagai ibubapa tidak boleh halang fitrah tersebut. Kita boleh bentuk fitrah tersebut. Kerja dengan mereka. Komunikasi. Itulah ayat pelembut hati untuk anak-anak.

Cuba kita periksa, berapa kali dalam sehari kita baca Al Quran dengan mereka? Berapa kali kita ceritakan kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta Sahabat atau Para Ulama kepada mereka? Berapa kali kita sentuh anak kita dengan belaian? Berapa kali kita peluk anak kita? Berapa kali kita cium anak kita? Berapa kerap kita berbual dengan anak-anak kita? Agak-agak dalam 8 tahun lagi, kita boleh kah buat semua tu pada mereka?

Kita asyik fikir, yang kita perlukan ketenangan, ada kita fikir yang mereka perlukan kasih sayang?

Anak kita nakal, berlari sana sini, lompat sana sini. Sedarkah kita, mereka sedang menegur kita? “Mak ayah, kami kekurangan belaian, belailah kami.”

8 tahun lagi, tuan puan. 8 tahun lagi. Kita tidak akan nampak dah situasi sekarang. Yang kita Nampak waktu itu adalah kenangan tempat mereka melompat, tempat mereka berlari, tempat mereka jatuh.

Kita sebagai ibubapa bukan sekadar membilang hari untuk umur kita, tetapi kita perlu mengira hari umur anak-anak, mereka akan semakin membesar, tidak lama, jika dikira, sebentar sahaja semuanya pantas berlalu. Kenapa perlu BUANG MASA?

Bentuk mereka, main bersama mereka. Ajak mereka kerja bersama. Bukan mereka kerja untuk kita.

Melarang mereka, hanya akan sekadar membuatkan mereka lebih memberontak.

Peluklah mereka, ciumlah mereka, berbuallah dengan mereka dan belailah mereka. Kerana 8 tahun lagi, semua itu sudah terhad untuk kita lakukan.

(mereka berdua tadi menangis)

Mommy : Saya salah ustaz. Saya bukan ibu yang baik. Memang saya asyik marah saja anak, saya tak perasan pun mereka kurang belaian saya. Saya salah.

Daddy : Saya pun asyik marah-marah diorang ustaz. Tak terlewat lagi kan untuk saya ubah, ustaz?

USTAZ : Tidak terlewat, tuan puan. Masih sempat. Tuan puan tidak salah dan bukan ibubapa yang jahat tetapi kita tidak faham. Masih sempat untuk ubah suasana.

Daddy: Terima kasih ustaz atas nasihat.

Mommy : Terima kasih ustaz.

USTAZ : Sama-sama. BarakALLAHu Fiikum. Semoga sentiasa bahagia dalam Rahmat dan Redha ALLAH.

Mereka berlalu.

Kepada ibubapa lain. Ingatlah, 8-10 tahun bukan masa yang panjang, singkat sahaja untuk pembesaran anak-anak.

Hargai setiap detik itu. Supaya kita tidak menyesali setiap detik itu suatu masa nanti.

Sumber:fb

#lvcumimaya

Wednesday, 16 January 2019

Teknik Memeluk bagi Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Memeluk anak memang sangat-sangat penting sejak mereka baru lahir hinggalah dewasa. Eh, bukan saja dewasa, tapi sampai akhir hayat! Kerana pelukan adalah salah satu daripada cara kita menunjukkan emosi dan rasa sayang kepada seseorang, khususnya daripada seorang ibu bapa kepada anak. 

Sebab itulah, kita kena biasakan memeluk anak-anak. Biasanyanya kita ni bila anak dah sekolah, dah besar sikit, mulalah rasa segan. Anak-anak pun ada jugak yang rasa segan bila ibu bapa nak peluk. Sebab apa? Sebab mungkin kita tak terapkan dan didik anak tentang erti pelukan daripada ibu bapa kepada anak dan daripada anak kepada ibu bapa.


Ada juga yang rasa segan bila kawan-kawan tengok! Mungkin ini kerana budaya bangsa Melayu yang majoritinya kurang menzahirkan perasaan kasih sayang melalui perbuatan, iaitu pelukan. Namun, sebagai ibu bapa, kita yang mencorakkan anak-anak kita. Jadi, jangan sia-siakan keindahan kasih sayang ini kerana budaya dan rasa malu tak bertempat!


Okey, panjang mukadimah Ummi bagi yer hehe. Sebenarnya Ummi ada jumpa satu post di FB semalam, yang dikongsikan oleh Puan Noor Azwanie di FB beliau iaitu Teknik memeluk bagi anak lelaki dan anak perempuan. Kita tengok kat gambar ni.

Saya taip semula di sini supaya lebih jelas untuk kita baca. Teknik Memeluk bagi Anak Lelaki dan Anak Perempuan:

"Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu, ANCHOR POINTnya. Semoga bila mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, InsyaAllah, dia akan pasak dan ingat sampai bila-bila..."


"Bagi anak lelaki, ANCHOR POINT-nya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosokanlah beberapa saat. Bagilah se'das dua' nasihat. Tak boleh cakap banyak pun. Nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau".


Jom kita amalkan untuk anak kita. Semoga ilmu ni dapat kita sama-sama manfaatkan dalam mendidik anak dan membina kasih sayang keluarga, InsyaAllah. Terima kasih kepada Puan Noor Azwanie di atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah merahmati Puan, InsyaAllah. 

Tuesday, 15 January 2019

Senarai Keperluan Ibu Berpantang

Dalam entry semalam, kita dah tengok Checklist Barang Baby Newborn. Boleh klik kat link Ummi bagi tu untuk baca. 

Eh, ni saja nak share gambar set tilam kekabu. Korang boleh beli kat IG shop. Macam-macam pilihan set tilam kekabu, baby nest, blanket baby dan comforter. Ya Allah, memang rambang mata dibuatnya layan IG shop jual barangan baby ni.


Okey, share pasal Checklist Barang Baby Newborn dah selesai, kita share pulak Checklist Keperluan Ibu Berpantang. Juga saya ambil source ni daripada FB Puan Aida Bani.

Senarai Keperluan Ibu Berpantang :
1-Set Berpantang (Supplement / Jamu)
2-Tungku Ibu 
3-Tuam/tungku baby - Tuam baby untuk elak baby kembung perut 
4-Baju sejuk / Sweater 
5-Kain batik 
6-Stokin (cari yang tebal untuk mengelakkan kaki masuk angin) 
7-Nursing bra 
8-Maternity Pad 
9-Tuala mandi 
10-Breast pad (boleh cari yang washable / disposable) 
11-Tukang urut (boleh start survey awal2) 
12-Bengkung 
13-Air Zam-zam / selusuh


Extra:
1-Penyangkut Baju Berklip 
2-Mainan baby (soft toys & colour yang striking) 
3-Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki) 
4-Hanger 
5-Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby





Bakal ibu boleh juga gunakan Balm Tasneem Calm Time sepanjang tempoh berpantang. Sebab balm Calm memberikan rasa rileks dan tenang. Yelah, bila dalam pantang ni, hormon berubah, rutin berubah dan kita mungkin rasa agak stress. Jadi, sapuan balm Calm Time insyaAllah dapat membantu meredakan stress bila kita rasa tenang. Baunya yang sangat lembut memang mendamaikan.

Set Happy Family Tasneem Balm

Nanti, bila dah beli Set Newborn atau Set Happy Family, bolehlah ibu tumpang guna sekali dengan baby. Anak-anak lain pun boleh guna jugak, sebab balm Tasneem ni memang sesuai untuk digunakan seisi keluarga, dari baby sehinggalah dewasa. 

Untuk penggunaan pada bayi, dinasihatkan untuk mendapatkan consulatasi daripada Agent sah Tasneem. Anda boleh hubungi Ummi untuk consultasi percuma. FAQ Tasneem, boleh rujuk kat sini.

Monday, 14 January 2019

Checklist Barang Baby Newborn

Mungkin ada antara korang yang sedang menanti saat kelahiran permata hati. Tak kiralah anak sulung atau anak ke berapa, pasti kita nak buat persiapan untuk menyambut kehadiran si comel tersayang. 
Persediaan tu kita boleh start buat sikit-sikit dan ikut kemampuan dan bajet. Beli demi sikit dan yang penting planning untuk beli item yang paling penting dahulu.

Kita boleh susun mengikut urutan. Boleh tulis dan buat checklist barang baby supaya kita aware barang apa yang perlu kita beli. Bahaya kalau tak tulis, sebab beli barang baby ni boleh rambang mata, mengalahkan beli barang untuk diri sendiri hihi.


Jom kita tengok Checklist Barang Baby Newborn (source & edited from: FB Puan Aida Bani, 15 Januari 2017)

PAKAIAN BABY:
1- Baju harian @ siang - baju seluar pendek dan lengan pendek. Baju lubang-lubang (Short sleeve dan singlet) 
2- Baju malam @ tidur - baju malam selalu nyer beli lengan panjang dan seluar panjang
3- Romper dan Jumpsuit 
4- Baju jalan 
5- Mittens & Booties - yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai banyak sarung tangan dan stokin kaki. 
6- Bonnet @ topi - yang ni cari material yang cotton, breathable, stretchable supaya baby selesa.
7- Handkerchief / Sapu Tangan - Cari yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet
8- Bib- Jika baby minum susu meleleh / muak tak kena baju.
9- Barut - yang ni penting untuk baby. Boleh pilih samada barut Zap / Bertali.. Both kena ada. Pemakaian barut zap bila travel sangat sesuai kerana menjimatkan masa. Beli dalam 6 helai pun dah ok.
10- Bedung- Yang ni sangat penting! Boleh pilih samada nak bedung zip / infant wrap / bedung tradisional yg macam kain bedung biasa.. beli receiving blanket ni lebih sikit pun takpe boleh dijadikan alas tidur bayi. 



Diapering:
1-Napkin 
2-Diapers @ Lampin pakai buang- Mamy Poko @ Petpet
3-Wet Tissue - brand PUREEN 
4-Changing mat- Alas bayi (boleh beli size yang mudah bawa masa travel, senang nak letak dalam beg dan sesuai dengan size bayi)
5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor 
6-Detergent khas pencuci baju (brand PUREEN pun best & wangi)

Baby Care dan Grooming:
1-Bedak Bayi 
 2-Losyen Bayi
3-Minyak Bayi (Baby Oil) 
4-Putik Kapas (Cotton Bud) 
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby
6-Set Balm Tasneem Naturel 
7-Cotton ball (Kalau boleh cari yang putik kapas tu tebal / lembut sikit supaya sesuai dengan kulit bayi) 
8-Nappy Cream-preparation takut bayi terkena ruam lampin. (Joielle/Tropika)


Nursering [keperluan tidur baby]:
1-Set Tilam - Prefer kekabu dan material kain 100% cotton
2-Baby Cot-Depends nak beli sekarang atau later 
3-Kelambu - mosquito net / boleh juga beli set tilam kekabu + kelambu



Feeding:
1-Botol Susu - Size Puting untuk newborn (slow flow)
2-Bottle Sterilizer 
3-Berus Pembersih Botol
4-Penyepit Botol
5-Nipple Cream 
6-Nursing Pad Washable 
7-Nursing Pad Disposal 
8-Breast Pump - Decide samada Manual / Electric (Single/Double Pump) - Brand: Avent, Medela, Malish, Autumnz, Latte, etc.
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice pack]
10-Nursing Pillow- sesuai untuk ibu hamil dan untuk breastfeed baby
11-Nursing Bra 
12-Termos




Travel:
1-Beg Baby 
2-Baby Warmer for Bottle- warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais.ade orang suker rendam pakai air suam jer.
3-Baby carier - Tugeda, Korean Imama Carrier
4-Stroller- Quinny zap, sweet cherry 
5-Nursing cover- senang kalau kene BF kat public.boleh cover. 
6-Car seat (beli yg 2in1 pun jimat)



Bathing:
1-Tuala baby
2-Besen Mandi / Baby Bather
3-Toiletries set

Happy shopping dan semoga semuanya dipermudahkan dan selamat semuanya. Amin. Jika nak dapatkan set Newborn Tasneem Naturel yang terdapat dalam Kit Bayi Tasneem Naturel, korang boleh hubungi Ummi. Ummi akan berikan free consultation cara guna balm Tasneem untuk si comel anda. 

Boleh terus tekan Whatsapp link Ummi kat sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...