Saturday 16 March 2019

FITRAH ANAK KECIL KITA BERMAIN▪




Membaca perkongsian ustaz dato Dr izhar, ummi terpanggil untuk berkongsikan kepada ibubapa diluar sana tentang hal penderaan yang kita lakukan  tanpa kita sedar kepada anak kita. Bukan lah niat untuk menghalang laluan mendidik anak-anak tetapi kita perlu berikan mereka sedikit masa untuk mereka terokai dunia kecil mereka.

Ummi sendiri menghantar maya ke taska bukan lah untuk memaksa dia belajar supaya jadi pelajari terbaik, tetapi ummi menghantar dia untuk bermain bersama rakan-rakan sebaya. Tidak lah salah untuk kita menghantar anak kita ke sekolah awal. Tetapi cukup lah kita berikan mereka lebih banyak masa bermain bersama rakan sebaya yang terokai dunia kecil seperti mereka. bermain adalah pelajaran pertama mereka  kita tak perlu mendera mereka sekolah pagi sampai ke malam.

Bayangkan kita tak dapat menikmati moments Indah yang tidak mungkin dapat kita lihat lagi apabila mereka dewasa.

Ummi harap perkongsian ini kita ambik mana yang bermanfaat sahaja. Apa pun kita memang ibubapa yang mahu kan hanya yang terbaik untuk anak kita. Bayangkan kalau kita tua anak sibuk hal. Dunia seperti kita. Dia hantar kita ke tempat jagaan dan jumpa kita beberapa jam sehari sahaja apa kah kita bahagia dilayan begitu kelak?

Semestinya tidak, oleh Itu kita sama-sama lah hargai moment bersama anak kita kerana waktu kecil mereka sangat sedikit dan masa ini memory ingat an mereka sangat kuat untuk ingat apa kita buat pada mereka. Jom kita baca beberapa points dari ustaz Dr izhar ni.



1. Hari ini impian kita sebagai parent semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Melihat anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

.
Untuk Ibubapa sekalian 

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

.
▪Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada▪

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

.
▪Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga▪

▪Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka▪

▪Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka▪

.
Kredit : Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff

Semoga dapat memberi manfaat

#lvcumimaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...