Wednesday 6 March 2019

PERBEZAAN NOT DAN KKM

“JOM BACA PERBEZAAN ANTARA NOT, KKM, MAL”



Haaa.. antara perkara asas yang biasa diperiksa bila beli barang-barang sekarang ni mesti cari kelulusan KKM kan?? Lagi-lagi yang claim boleh sembuhkan macam-macam penyakit..

perbezaan antara NOT, KKM dan MAL.. baca.. jangan tak baca.. 😉

1. NOT
Kosmetik ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut.

Di Malaysia, produk kosmetik adalah di kawal di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia bagi menjamin produk kosmetik adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.

Mulai tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar dari Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI. Melalui sistem notifikasi, pihak syarikat perlu membuat notifikasi kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) terlebih dahulu sebelum produk kosmetik tersebut boleh diimport, dikilangkan atau dipasarkan di Malaysia.
Produk kosmetik yang telah dinotifikasi akan diberikan Nombor Notifikasi (NOT) sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah bernotifikasi dengan pihak BPFK.

2. MAL
Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

3. KKM
Untuk makluman, produk yang berdaftar atau bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak menggunakan huruf 'KKM' dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi.

Jika produk-produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, persediaan tradisional dan kosmetik ada No MAL maka produk - produk tersebut adalah selamat digunakan dari bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine dan bahan-bahan dan dadah yang terlarang. Setiap produk kosmetik dan farmaseutikal termasuklah makanan tambahan dan persedian tradisional wajib mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum produk-produk tersebut dijual kepada pengguna.

No pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen.

.
.
Dah tu?? Produk Tasneem naturel tu kenapa ada NOT je??


Sebab.. produk tasneem ni sapu luaran je.. pakai NOT la..dan kelima-lima balm tasneem ada NOT tersendiri.

Kalau perasan dulu kami tukar nama balm walaupun nama lama (balm yang sama) ada NOT.




✅coughflu time kepada CF RUB


✅tummy time kepada T RUB

dan kami dapatkan NOT lain untuk nama baru ini. Kami di Tasneem Naturel sangat mengikut peraturan yang digariskan oleh KKM walau dalam sekecil-kecil perkara ☺





Credit to:Apheeza Dewi Pharah Awaludin

(Kita pinjam😊)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...