Wednesday 6 March 2019




Vaksin MMR adalah kombinasi 3 dalam 1 di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan.

Sejak pengenalan vaksin-vaksin ini, kes-kes jangkitan campak, beguk serta rubella telah berkurangan.

Akan tetapi, untuk memastikan virus-virus ini dari bangkit semula, kadar imunisasi negara perlu berada di tahap tinggi iaitu lebih daripada 95 %. (Ini bermakna kebanyakkan ibu bapa/penjaga menerima baik vaksin ini sepanjang masa).

Adakah anda sebagai ibu bapa telah memberi imunisasi kepada anak anda? Jika belum silalah ke klinik kerajaan yang berdekatan untuk mendapatkan imunisasi.

Dilaporkan negara Filipina pengambilan vaksin semakin menurun sejak beberapa tahun lalu. Anda melakukan langkah bijak dengan memastikan anak anda telah pun diberi imunisasi.

Sumber dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...