Thursday 7 February 2019

5 Tips Bawa Bayi Bercuti dan Bermalam di Hotel

Bercuti dan bermalam di hotel dengan membawa bayi, mesti rasa mencabar kan? Malah ada di kalangan kita yang sanggup tangguh percutian kerana anak masih kecil. Tapi, rasa sayang pula kalau kita lepaskan peluang bercuti dan bermalam di hotel. Yelah, sekali-sekala nak lah juga ber-gateway kan. Rehatkan badan dan ambik udara luar dengan mood percutian di hotel. 


Jadi, Ummi nak share dengan korang 5 tips bawa bayi bercuti dan bermalam di hotel. 


1. Pilih bilik hotel yang selesa mengikut bilangan ahli keluarga yang kita nak bawa. 
Ini memang melibatkan bajet la kan. Sebab jenis bilik atau apartment dan facilities yang kita akan dapat bergantung jugak pada bajet yang kita sanggup keluarkan. Tapi, bila ada bayi, kenalah extra lagi perkara yang kita perlu fikirkan, agar semua ahli keluarga yang pergi rasa selesa.



2. Bawa extra keperluan khusus untuk bayi.
Contohnya seperti comforter atau quilt, bantal bayi dan tuala. Takmau la kasik bayi guna tuala hotel. Boleh bawa selimut, cadar dan bantal. Sebab kita mungkin perlukan lebih dan jika anak-anak jenis cerewet dan bantal hotel mungkin terlalu tebal untuk anak-anak, apalagi bayi. 

Balm Tasneem pun jangan lupa bawak. Manalah tau kang kembung perut (guna T-Rub Balm) atau kesejukan pulak dok dalam aircond (guna CF-Rub).  Calm Time untuk bantu elakkan bayi tantrum dan Sleep Time supaya bayi senang tidur dan tidur lena. Maklumlah, berubah tempat boleh mempengaruhi rutin tidur bayi. 

Pakaian tidur yang selesa dan stoking pun mesti ada, maklumlah dalam hotel kan ber-ekon. Kalau baby tak biasa tidur dalam ekon kat rumah, kesian dia tetiba bersejuk sampai ke pagi. Kalau tak selesa, mau baby menanges. So, prepare semuanya elok-elok. Buat list sebelum pergi, senang nak buat senarai semak.




3. Aplikasi HP atau laptop install siap-siap bacaan MP3 surah-surah pilihan, terutamanya Surah Al-Baqarah.
Yang ni, Ummi tak perlu ulas, kita mesti tau sebabnya kenapa kan? Seeloknya, jangan bagi bayi masuk dalam bilik dulu sebelum orang dewasa masuk. Orang dewasa yang mula-mula masuk tu (biasanya si ayah la kan?). Pastikan bagi salam sebelum masuk, baca surah-surah yang perlu dan pasang siap-siap surah Al-Baqarah. Lepas tu, baru bawa bayi masuk bilik.

Seeloknya bacaan ayat Al-Quran sentiasa berkumandang dalam bilik hotel, perlahan pun takper. Bila rasa suasana ok, bolehlah kalau nak off-kan. 




4. Check-in hotel sebelum waktu Asar.
Rancang perjalanan supaya kita sempat check-in hotel sebelum waktu Asar. Biasanya pukul 3pm kita dah boleh check-in. So,  bila dah masuk bilik tu, cubalah untuk tidak keluar dari bilik sehingga lepas waktu maghrib. Pasti kita tau kenapa kan?




5. Pastikan bayi sihat, kenyang, dah mandi dan rasa selesa
Bila bayi dalam keadaan yang selesa, InsyaAllah semuanya akan ok. Percutian kita pasti lebih menyeronokkan dan memberikan kenangan yang manis. Sebab itulah disarankan setiap keluarga memiliki 1 set Balm Tasneem. Semua 5 jenis balm ni senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan. Complete untuk berikan keselesaan kepada si manja dan juga seisi keluarga. 


Selamat mengamalkan tips bercuti dan bermalam di hotel bersama bayi yang Ummi share ini. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah walau di mana jua kita berada. Selamat bercuti kepada anda yang hendak bercuti! 

Nak beli balm Tasneem, boleh contact Ummi yer. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...