Wednesday, 6 March 2019

PERBEZAAN NOT DAN KKM

“JOM BACA PERBEZAAN ANTARA NOT, KKM, MAL”



Haaa.. antara perkara asas yang biasa diperiksa bila beli barang-barang sekarang ni mesti cari kelulusan KKM kan?? Lagi-lagi yang claim boleh sembuhkan macam-macam penyakit..

perbezaan antara NOT, KKM dan MAL.. baca.. jangan tak baca.. ๐Ÿ˜‰

1. NOT
Kosmetik ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut.

Di Malaysia, produk kosmetik adalah di kawal di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia bagi menjamin produk kosmetik adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.

Mulai tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar dari Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI. Melalui sistem notifikasi, pihak syarikat perlu membuat notifikasi kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) terlebih dahulu sebelum produk kosmetik tersebut boleh diimport, dikilangkan atau dipasarkan di Malaysia.
Produk kosmetik yang telah dinotifikasi akan diberikan Nombor Notifikasi (NOT) sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah bernotifikasi dengan pihak BPFK.

2. MAL
Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

3. KKM
Untuk makluman, produk yang berdaftar atau bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak menggunakan huruf 'KKM' dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi.

Jika produk-produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, persediaan tradisional dan kosmetik ada No MAL maka produk - produk tersebut adalah selamat digunakan dari bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine dan bahan-bahan dan dadah yang terlarang. Setiap produk kosmetik dan farmaseutikal termasuklah makanan tambahan dan persedian tradisional wajib mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum produk-produk tersebut dijual kepada pengguna.

No pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen.

.
.
Dah tu?? Produk Tasneem naturel tu kenapa ada NOT je??


Sebab.. produk tasneem ni sapu luaran je.. pakai NOT la..dan kelima-lima balm tasneem ada NOT tersendiri.

Kalau perasan dulu kami tukar nama balm walaupun nama lama (balm yang sama) ada NOT.




✅coughflu time kepada CF RUB


✅tummy time kepada T RUB

dan kami dapatkan NOT lain untuk nama baru ini. Kami di Tasneem Naturel sangat mengikut peraturan yang digariskan oleh KKM walau dalam sekecil-kecil perkara ☺





Credit to:Apheeza Dewi Pharah Awaludin

(Kita pinjam๐Ÿ˜Š)

JOM KENAL VAKSIN


JOM KENAL VAKSIN MALAYSIA

Ummi yakin kita masih lagi didalam fenomena yang hangar diperkatakan saat ini. Anda tergolong dari golongan yang mana?

Oleh itu ummi Cuba cari solusi untuk kita faham apa itu vaksin.

Dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, ada 11 penyakit yang dilindungi oleh vaksin-vaksin tersebut (12 kalau di Sarawak). Jom kita kenal vaksin penyakit-penyakit itu secara ringkas.

1. BCG

Diberi seawal lahir, ia mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Kalau tak vaksin, dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal dan 1 dari 5 akan mati.

2. Hep B

Diberi dengan dos 3 siri iaitu seawal lahir, 1 bulan dan 6 bulan. Ia mencegah dari jangkitan virus hepatitis B. Virus ini kalau kena pada bayi, 95% daripada mereka tidak akan dapat melawan jangkitan ini dan menjadi pembawa kronik. Akibatnya mereka akan membesar dengan virus itu dan kelak boleh menjadi penghidap kanser hati. Bukan tu saja, pasangan dan keluarga mereka juga boleh dijangkiti kelak.

3. DTaP + IPV + HiB

D untuk diphtheria. Corynebacterium diphteriae adalah bakteria yang menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan kematian. Macam mana boleh mati? Bayangkan tekak anak anda tersumbat sehingga mereka tak boleh bernafas. Kematian akibat diphtheria adalah lebih tinggi pada kanak-kanak bawah 2 tahun dan mereka yang tidak divaksin. Kuman ini juga boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ. Bayangkan tekak anak anda disumbat dengan span bersalut lendir kuman sampai tak dapat bernafas, macam tu lah bila mereka dijangkiti.

T untuk tetanus. Bahasa Melayunya dipanggil kancing gigi. Orang selalu salah faham ingat kancing gigi ni kalau kena besi karat je. Sebenarnya kuman ini boleh ada di mana-mana dan di dalam tanah. Kita beri vaksin ini bagi melindungi dari kuman ini yang mudah masuk melalui luka. Kalau dijangkiti, pesakit akan mengalami kekejangan yang amat teruk sehingga boleh patah tulang sendiri. Rawatannya melibatkan kos yang mahal kerana memerlukan suntikan immunoglobulin. Kadar kematiannya adalah tinggi pada mereka tidak pernah melengkapkan sekurang-kurangnya 3 dos suntikan.

aP adalah untuk Pertussis. A tu untuk acellular. Dulu kita pakai whole cell pertussis vaccine. Tapi sekarang dah tukar kepada yang lebih selamat dan baru. Jangkitan pertussis ini digelar batuk 100 hari. Budak boleh kena, orang besar pun boleh kena. Budak kalau kena, memang dahsyat. Boleh tengok muka dia bertukar dari normal, ke merah, putih dan seterusnya biru pada satu masa. Ianya boleh membunuh. Kalau dah ambil vaksin, walaupun dijangkiti, ia tidak akan serius.

IPV adalah inactivated polio vaccine. Dulu kita pakai OPV, oral polio vaccine. Oral polio ni murah, sen sen je. Tapi banyak masalah. Maka KKM pun belanja lebih sikit untuk beli IPV bagi mencegah polio. Hasilnya, alhamdulillah polio dah tak ada kat Malaysia. Tapi baru-baru ni ada satu kes di Indonesia. Kalau masuk ke Malaysia, yang mula-mula kena adalah bayi kecil yang belum divaksin atau orang yang menolak vaksin. Kalau kena, risiko lumpuh adalah tinggi. Dan poliomyelitis tiada ubat. Otot pernafasan anda pun boleh lumpuh. Bayangkan, kalau kena polio, anda nak bernafas pun kena guna tenaga dan fikir macam mana nak bernafas tu.

HiB adalah vaksin untuk hemophilus influenza type B. Ni bukan vaksin influenza untuk flu yang ambil setahun sekali tu. Ini adalah vaksin bagi mencegah kuman HiB. Kuman ini biasanya menyerang selaput otak dan mengakibatkan kecacatan otak dan pekak.

4. MMR

Haa, yang ni banyak kontroversi. Bermula dari kajian Dr Andrew Wakefield, satu dunia gempar vaksin ini menyebabkan autism. Tahu tak kajian Andrew Wakefield tu dah ditarik balik? Dan tahu tak tiada satu kajian pun berjaya mendapatkan keputusan sama macam kajian dia. Malah, kajian pada lebih 1 juta kanak-kanak membuktikan vaksin ini atau merkuri dalam vaksin tidak menyebabkan autism.

M pertama adalah untuk measles. Measles ni orang panggil demam campak. Dia datang dengan demam dan ruam. Selalu juga ada mata merah dan batuk selsema. Tapi, banyak lagi jangkitan virus lain yang hampir datang macam measles. Kita gelarkan viral exanthem. Viral exanthem ini adalah demam dan ruam akibat jangkitan virus. Ia tak sebahaya measles. Dan masyarakat selalu salah faham, anak dah ambil vaksin tapi masih kena demam dan ruam. Walhal demam dan ruam itu sebab virus lain. Measles ni, perlu vaksin. Ia sangat mudah merebak. Dan ia boleh membunuh. Di Filipina sekarang, angka kematian akibat measles dah cecah 200 orang. Dan pada 2018, semua kematian akibat measles di Malaysia adalah dalam kalangan yang tidak menerima vaksin.

M nombor 2, mumps. Ianya adalah sejenis jangkitan disebabkan virus paramyxovirus. Ia boleh menjangkiti kelenjar air liur dan menyebabkan beguk. Biasanya ia tidak merbahaya. Tapi, salah satu komplikasinya adalah kemandulan. Jangkitan beguk ini boleh menyebabkan telur anda bengkak tak kisahlah anda lelaki atau wanita dan seterusnya menyebabkan kemandulan.

R untuk rubella. Ianya juga demam dan ruam. Ianya juga secara umum tidak merbahaya, tetapi, jika dijangkiti sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan lahir cacat otak, kepala kecil, mata buta, jantung berlubang dan pekak. Memang cacat. Bayangkan kalau berlaku wabak, dan isteri awak yang tengah mengandung pulak ada dalam lokaliti wabak tu. Baik semak mak pak mertua tu antivaksin ke tidak.

5. HPV. Ini vaksin baru. Ianya diperkenalkan bagi mencegah jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV ini adalah penyebab utama kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita. Tahu tak, kanser pangkal rahim ini adalah kanser kedua paling kerap berlaku pada wanita di Malaysia? HPV virus lah penyebab utamanya. Sebab itu kita vaksin kan anak gadis kita seawal 13 tahun. Sebab, kita tak tahu siapa yang ada jangkitan ini kerana pada kebanyakan masa, ia tiada simptom sampailah berlaku perubahan kanser pada pangkal rahim.

6. JE. Ianya vaksin khas untuk Japanese Encephalitis dan hanya diberi untuk Sarawak sahaja. Sebab apa, sebab risiko jangkitan masih tinggi di sana berbanding di semenanjung. Virus ini adalah bawaan nyamuk. Ianya boleh menyebabkan bengkak pada otak. Kecacatan otak kekal boleh berlaku pada 30% pesakit dan kadar kematian boleh mencapai setinggi 50%.

Jadi, ini lah kesemua vaksin yang disubsidi penuh oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak dapat dibendung dan kesihatan masyarakat terutamanya generasi akan datang, terjaga.

Tolak vaksin, dan kita akan lihat wabak berlaku, anak-anak kita lahir dengan kecacatan atau cacat akibat jangkitan serius. Saya pasti semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Maka vaksinkan lah anak anda.

Dr Amirul Amzar

Credit : kementerian kesihatan

TEKNIK URUTAN HIDUNG TERSUMBAT

Ok macam Ummi cakap tadi ummi Nak Share
#Doa #Point dan #Teknik urutan hidung tersumbat #selsema.

1:Sapukan Balm/minyak (sebaiknya balm Cf-rub sebab tak panas)pada tangan, kemudian letakkan tangan anda pada dada bayi. Urut dada bayi anda dengan lembut dalam bentuk jantung secara perlahan-lahan.

2:Urut bahagian dada anak dengan gerakan tangan yang menyilang pula. Lakukan ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.

3:Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Urut dengan perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.





4:Guna kan Balm CF-Rub sekerap mungkin ditapak kaki betis dan jugak tulang belakang




5:bacakan doa supaya anak cepat sembuh

Like  & Share

Credit :

#tasneemnaturel
#info
#tn000519

FIRA DEMAM PANAS DI KEJARKAN KE HOSPITAL KERANA DISERANG SAWAN





“Yang, bangun yang.”

“Fira yang, Fira !!!”

Kejadian lewat malam tu memang tak dapat dilupakan. Dengan keadaan panik dan kelang-kabut. Sampai Hampir nak excident. Cerita nya macam ni...
.
.
Fira dari umur lahir selalu selsema. Tak pernah rasanya selsema dia cepat baik. At least ada la sikit hingus kat hidung dia. Orang kata kalau anak selsema tu biarkan je nanti baik sendiri. Jue pun biarkan je sebab nak biar imun badan dia kuat!
.
.
Bila lama tak elok ada jue bawa jumpa doktor. Tapi doktor tak bagi ubat pun. Doktor bagi neb je. Nampak ok sikit fira bernafas. Time menyusu pun terus tertidur. Jue pun rehat sekejap
.
.
Hari jumaat tu jue baru je sampai kampung. Dah settle angkat barang...tengok Fira jap.
.
.
“Eh kenapa panasnye badan Fira ni. Ya allah fira demam!”
.
.
Menggelupur jue pergi dapur ambil air nak jerlum Fira . Tetiba jue baru teringat. Orang kata lemon dapat turunkan suhu badan. Jue pun cepat-cepat cari lemon dalam peti ais. Hurmm ada sebiji je lemon. Tu pun dah kecut...
.
Fuhhhh...lega sikit Suhu badan fira turun tapi masih panas sikit. Fira asyik batuk tanpa henti.
.
.
Jue pun terlelap ditepi fira. Baru beberapa minit terlelap jue terasa ada benda yang pukul jue. Jue bangun tengok fira dah kejang dengan mata terbeliak. Kaki dan tangan menghentak-hentak.
.
.
Fira diserang sawan! Jue terus mengejut hubby yang juga panik. Kitaorg cuba mengawal fira. Allhamdulillah dia berhenti tak lama lepas tu. Baru je kitaorg tarik nafas lega fira sekali lagi kejang. Dia diserang sawan buat kali ke dua.
.
.
Tapi kali ini lagi kuat. Tak terdaya rasanya hendak mengawal dia. Kitaorg terus bawa fira ke hospital. Jue yang memandu dan suami di tempat duduk belakang jaga fira.
.
.
Jue terlanggar lampu isyarat merah . Ada motosikal kat depan kereta jue membuatkan jue terus memijak pedal break serta merta.
.
.
.
Tayar kereta berbunyi. Kitaorg berhenti di tengah jalan seketika sampai ada lori membunyikan hon dengan kuat. Hubby kejutkan jue suruh jue terus memandu ke hospital yang hanya beberapa meter di hadapan.
.
.
Jue terus memandu di ruangan kecemasan. Kitaorg berlari masuk ke ruang kecemasan sambil menjerit memangil doktor. Doktor datang sambil mengarahkan hubby bawa fira ke katil kosong di hadapan.
.
.
Doktor mengambil langkah pantas menyediakan ubat untuk tenang fira dan terus fira terlentok . Jue sedih menangis semahu-mahunya. Hubby pun tergamam.
.
.
.
Doktor memanggil hubby dan jue untuk sesi konsultasi. Jue taknak tinggal kan fira sesorang tapi doktor kata fira akan tidur buat beberapa Jam.sebab percayakan doktor. Kitaorg pergi ke bilik Doctor dan doktor cerita kan sepenuhnya pasal Fira.
.
.
Hari ini fira dah boleh keluar hospital. Dia nampak ok ceria tapi batuk dengan selsema still ada. Nak tahu apa punca fira diserang sawan? Bila doktor buat CT Scan, beliau mendapati ada kuman di otak fira.
.
.
Kitaorg menangis bila doktor BAGI tahu macam tu. Tak tahu apalah nasib fira sebab doktor kata ini boleh mengakibatkan kecacatan total. Selsema dan batuk itu memburukkan lagi keadaan fira.
.
.
Jue menangis sampai tiada lagi air mata. Hibanya rasa di hati melihat masa depan Fira . Tapi doktor kata kita boleh lihat perubahan jika selsema dan batuk tu Boleh dikurangkan.
.
.
Ada menyarakan CFRUB TASNEEM iaitu BALM essential oil yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Jue search  terus beli. Jue cuba je dulu sebab Banyak dah beli Untuk selsema fira. Kalau bukan nurse yang recomend memang jue tak percaya lagi ubat-ubat di FB ni!
.
.
Lepas sapu CFRUB, terus fira muntah lendir. Memang panik kejap. Tapi lega sebab fira nampak senang bernafas. Jue sapu sekali lagi urutan macam dalam video yang diberi.
.
.
Tak lama lepas tu fira tidur. Dulu kerap batuk. Tapi sekarang tak lagi. Allhamdulillah. Jue Join rehat sekali
.
Jue bangun bila fira menangis. Ya Allah hampir 3 jam jue tertidur rupanya. Fira menangis dan minta ditukar lampin. Sekali lagi jue terkejut bila lihat pempers Fira penuh dengan lendir.
.
.
Jue happy sangat. terus keluar semua lendir kahak dan hingus dari badan fira. Ameen. Fira sudah boleh ketawa riang dan aktif bermain. Minum susu pun dah banyak. Lega rasa hati.
.
.
Tak sabar untuk check up seterusnya. Terima kasih Ya Allah kerana  kenal kan jue dengan Tasneem sebelum terlambat. Jue harap korang yang baca kisah jue yang panjang berjela ni janganlah putus asa walaupun dah berbakul ubat beli.
.
.
Beralihlah kepada Tasneem yang memang 100% natural dan mudah sangat meresap dalam kulit. Sebab tu Boleh nampak kesan yang cepat. Kalau mommy nak jugak komen je NAK. Nanti adalah’ yang bantu mommy.

Click link dibawah ni:
www.wasap.my/60183996546/blogtn



#tasneemnaturel
#lvcumimaya




Vaksin MMR adalah kombinasi 3 dalam 1 di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan.

Sejak pengenalan vaksin-vaksin ini, kes-kes jangkitan campak, beguk serta rubella telah berkurangan.

Akan tetapi, untuk memastikan virus-virus ini dari bangkit semula, kadar imunisasi negara perlu berada di tahap tinggi iaitu lebih daripada 95 %. (Ini bermakna kebanyakkan ibu bapa/penjaga menerima baik vaksin ini sepanjang masa).

Adakah anda sebagai ibu bapa telah memberi imunisasi kepada anak anda? Jika belum silalah ke klinik kerajaan yang berdekatan untuk mendapatkan imunisasi.

Dilaporkan negara Filipina pengambilan vaksin semakin menurun sejak beberapa tahun lalu. Anda melakukan langkah bijak dengan memastikan anak anda telah pun diberi imunisasi.

Sumber dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...