Monday 28 January 2019

Tips Kulit Cantik dengan Tomato

Rutin harian sebagai seorang wanita ni, memang sentiasa padat dan memenatkan! Tak kisahlah kita ni wanita bekerja di luar rumah, wanita bekerja dari rumah mahu pun surirumah. Selagi bernama seorang isteri dan ibu, inilah yang dilalui oleh kebanyakan kita semua, terutamanya yang tidak mempunyai pembantu rumah. 

Sampai satu tahap, kita nak jaga kecantikan pun dah tak sempat. Nak pergi spa? Hmm, macam hanya mampu berangan saja. Padahal, bukan takder bajet, tapi kesuntukan masa tu buatkan kita rasa tak sempat nak luangkan masa untuk diri sendiri. Tapi, bila tengok muka macam kusam dan letih sangat, barulah rasa, kenapa aku jadi macam ni. Huhuhu. Itulah antara pengorbanan seorang wanita. 
Kalau boleh badan dibelah-belah, mesti kita dah belah badan kita untuk buat semua kerja ni kan? Biar cepat siap, lepas tu boleh berehat. 


Okey, takper tak dapat pergi spa pun. Kita boleh jer jaga muka kita dengan bahan-bahan yang ada di dapur. Dah la harganya pun murah saja, senang pulak tu untuk kita sediakan. Kita gunakan tomato! Kita jadikan tomato sebagai masker wajah. Jadi, inilah dia Ummi nak share Tips Kulit Cantik dengan Tomato.

 Cara-cara menyediakan masker wajah dengan tomato:

1. Sediakan sebiji atau 2 biji buah tomato masak yang segar
2. Cuci bersih.
3. Potong kepada beberapa bahagian.
4. Sediakan sedikit air masak atau air bertapis
5. Masukkan tomato dipotong tadi bersama air ke dalam blender
6. Blender hingga hancur halus
7. Masukkan dalam bekas bersih, simpan dalam peti ais beberapa jam.
8. Sapu di seluruh wajah (kecuali mata)
9. Biarkan dalam 20 minit.
10. Cuci dengan air bersih dan lap
11. TAMBAHAN: Sapu Skeenz Balm Tasneem Naturel untuk kesan lebih baik


Antara khasiat tomato bila ia dijadikan masker pada wajah ialah tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jika ada jerawat, jerawat akan mengecut dengan perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut. 



Selain itu, tomato juga menyejukkan kulit. Jika kulit kita sunburn akibat terkena cahaya matahari, boleh sapu tomato pada bahagian badan kita, tak semestinya di muka sahaja. 

Tomato juga boleh melembapkan kulit.
Jika kita alami masalah kulit kering, sapu jer tomato, dan biarkan sehingga ia kering. Lepas tu bilas dengan air bersih dan sapulah pelembap (jika pada muka) atau sapulah losyen jika pada bahagian badan yang lain seperti lengan, tangan dan kaki. 



Tomato juga boleh memudarkan bintik hitam dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata akibat tidur yang tidak mencukupi atau mata yang terlalu letih seperti terlalu lama terdedah pada sinaran skrin televisyen, komputer atau handphone. Haaa, ni biasa kan untuk kita wanita ni. Lagi-lagi yang ada anak kecil atau bila anak tak sihat, mulalah lingkaran hitam bawah mata terbentuk. Jadi, jomlah kita ber-tomato untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. 



Oh yer, kita juga boleh amalkan sapuan nipis balm Skeenz untuk wajah tau. Kandungan argan oil essential oil dalam balm Skeenz Tasneem dapat membantu merawat wajah, terutamanya akibat kesan jerawat atau alahan pada kulit. 


Nak cuba Skeenz Balm Tasneem, boleh hubungi Ummi. Tekan jer Whatsapp link ni:
www.wasap.my/60183996546

Friday 25 January 2019

3 Tips Dapatkan Sales Setiap Hari

Harini, Ummi nak share 3 Tips Dapatkan Sales Setiap Hari (dengan izin Allah pastinya). Kita hanya perlu berusaha dan berikhtiar, agar setiap hari sales masuk untuk capai target kita. 

1. Kerapkan iklan di waktu waktu kemuncak trafik light Facebook hijau
Waktu Post Status Paling Sesuai:
✅ Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login)

Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)
Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)
Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (layan jap sebelum sambung kerja)
Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu nak checkout)
Lepas Isyak : 9.00pm - 12am, kadang2 terlajak 1am - 2am.

Waktu Paling Hot:
🕙10 pagi
🕛12 tengah hari
🕒3 petang
🕔5 petang
🕘9 malam
🕙10 malam
Tips ni dari Pakar Marketing Online!



2. Follow up semua customer yang belum buat payment.
Ini kena follow-lah pulak teknik Follow up prospek. Kena ada caranya. Dalam bisnes Tasneem bersama Team Lvcumimaya, InsyaAllah Ummi guide macam mana nak buat Follow up dengan prospek. 



3. Broadcast semua customer lama untuk beritahu tentang produk baru atau promosi. Database sangat sangat sangat penting untuk kita simpan!
Menjual pada customer sediada adalah lebih mudah dan efficient berbanding carik customer baru. Jadi, jaga database customer kita elok-elok. Jaga customer kita elok-elok dengan memberikan "sentuhan ajaib" bukan sahaja antara peniaga & customer, tetapi sebagai seorang sahabat. Tips ni pun Ummi ajar dalam team Lvcumimaya!


Setiap hari buat benda yang sama. Consistent is the key! Iklan, follow up, boost database. Mula mula ni buat 1 excel untuk key in database customer yang boleh guna nanti. Cuba setiap jam masa iklan di atas. 

Semoga 3 Tips Dapatkan Sale Setiap Hari  yang Ummi share ini dapat bantu korang untuk berbisnes, khususnya online bisnes yang menggunakan Facebook. Untuk tips seterusnya, teruskan bersama Ummi. Boleh juga baca tips-tips lain dan hal berkaitan bisnes dengan menekan label: Catatan Bisnes.


Thursday 24 January 2019

Psikologi Warna Di Dalam E-commerce

Apakah warna kegemaran korang?

Tau tak, kita boleh mengenali seseorang melalui warna kegemarannya – dan kita juga boleh mengenali sesebuah online store melalui penggunaan warna mereka. Kebanyakkan daripada peniaga online tidak tahu bahawa penggunaan warna di website mereka sangat mempengaruhi mood pelanggan. 


Menurut kajian, lebih daripada 92% orang menyatakan bahawa warna memainkan peranan yang penting semasa membeli sesuatu barangan. Percaya atau tidak, seramai 6% menyatakan mereka menggunakan daya sentuhan sebagai fungsi utama, manakala deria bau atau dengar hanya merangkumi 1% - kecuali jika mereka sememangnya ingin membeli bauan atau apa-apa yang berkaitan dengan muzik.

Berikut adalah ilmu yang perlu kita pelajari mengenai warna dan kesannya terhadap pelanggan online shop kita:

1) Putih
Putih memancarkan kesucian, kesegaran, dan kejelasan, dan ia adalah sangat penting untuk kebanyakkan laman web. Sentiasa memasukkan ruang putih yang kosong di sekitar kandungan anda supaya pelanggan tidak merasa terlampau terkurung.


2) Coklat/Brown
Warna coklat atau brown adalah suatu warna yang kukuh dan sangat mudah menarik perhatian pembeli. Ianya akan memberikan aura keyakinan dan sekiranya digunakan dengan betul, akan membawa kepada pelanggan yang berpotensi. 


3) Jingga
Warna jingga melambangkan cita-cita dan semangat kehangatan bertenaga. Ia juga melambangkan semangat, keaslian dan permulaan yang baru. Warna jingga yang dipadankan dengan warna biru lembut boleh mengeluarkan vibe yang positif dan menarik.



4) Kuning
Kuning adalah suatu warna yang ceria dan meriah di mana ianya dapat menarik perhatian pelanggan. Walau bagaimanapun, ianya haruslah digunakan secara memadai kerana penggunaan warna kuning yang berlebihan akan mendorong ke arah pengelakkan pelanggan.


5) Hijau
Hijau membawa kepada keaslian dan aura organik, di mana ianya dikategorikan sebagai sesuatu yang menyejukkan mata. Apabila pembeli melihat kehijauan, mereka akan serta merta mengaitkan kepada sesuatu yang positif, ketenangan, keselamatan dan harmoni. 


6) Merah Jambu
Warna merah jambu seringkali dilabelkan sebagai sesuatu yang feminin, di mana ia boleh menarik perhatian lelaki dan juga memancarkan kebaikkan, cinta, dan kasih sayang. Merah jambu mempunyai kesan yang menenangkan supaya ia boleh digunakan untuk mengimbangi warna yang lebih agresif seperti hitam, jingga dan merah. 


7) Merah
Merah mendorong kepada penghayatan, paling primitif, serta emosi pembeli. Memandangakan merah biasanya dikaitkan dengan kasih sayang, kehidupan, dan keyakinan, ia boleh menukar potential customer menjadi pelanggan sepanjang hayat jika digunakan dengan betul. Tetapi anda haruslah berhati-hati kerana penggunaan warna merah yang terlalu banyak pada sesuatu halaman web boleh membawa kepada visualasi yang terlampau.


8) Ungu
Ungu juga dikaitkan dengan royalti, kuasa dan kemewahan. Penggunaan bijak warna ini boleh membantu pelanggan di dalam membuat pembelian yang positif.



9) Biru
Biru melambangkan perasaan kepercayaan, keamanan, dan produktiviti. Walaupun biru adalah salah satu warna yang paling biasa di web, ia harus dielakkan jika laman web anda terlibat dengan industri hospitaliti, terutamanya restoran kerana warna biru dikatakan untuk mengurangkan selera makan.



10) Kelabu
Kelabu biasanya disambungkan dengan kesungguhan dan pemikiran konservatif. Warna kelabu yang tepat boleh berfungsi sebagai latar belakang yang hebat untuk warna-warna lain seperti oren, merah, dan biru diraja.



11) Hitam
Hitam dikaitkan dengan kekuatan, kuasa, dan penguasaan. Apabila digunakan dalam e-dagang, ia menghantar mesej yang yakin kepada bakal pelanggan. Penggunaan yang berlebihan boleh mengeluarkan suasana yang hambar dan suram, jadi ia perlu digunakan secara sederhana, bersama-sama dengan warna-warna tenang yang lain.


Kesimpulannya, warna memainkan peranan yang penting di dalam setting shop kita. Jadi, buatlah pemilihan warna yang bijak dan bersesuaian dengan produk atau bisness anda. 

Korang, pilih warna apa untuk online shop atau blog korang?

Wednesday 23 January 2019

"Health is Our Greatest Wealth"

Dalam era digital ni, siapa yang tak kenal dengan Steve Jobs'? Pengasas produk Apple, di mana produk-produknya menjadi kegilaan dan trend yang tidak berkesudahan. Memiliki produk Apple umpama sebuah simbol kemewahan & trendy!



Ramai orang mengkagumi beliau kerana kejayaan dalam bisnes dan kekayaannya. Kedua-dua perkara yang dimiliki Steve Jobs' menjadi idaman kebanyakan orang. Ramai mahu buat bisnes yang mampu berikan kekayaan. 

Tetapi tak ramai memahami mesej terakhir beliau. 



"HEALTH IS OUR GRATEST WEALTH"

Pesanan terakhir manusia paling berpengaruh dalam ketamadunan manusia terkini iaitu Steve Jobs'

Saya mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan.

Di mata orang lain, hidup saya menjadi lambang kejayaan.

Walau bagaimanapun, selain dari kerja, saya berasa sangat gembira. Pada akhirnya, kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya terbiasa.

Pada masa ini, berbaring di atas katil yang sakit dan mengingati seluruh hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang saya ambil sangat bangga, telah menjadi pelik dan menjadi tidak berfaedah dalam menghadapi kematian yang akan datang.

Dalam kegelapan, saya melihat lampu hijau dari mesin sokongan hidup dan mendengar suara mekanikal yang bersenandung, saya dapat merasakan nafas tuhan kematian semakin dekat.

Sekarang saya tahu, apabila kita telah mengumpulkan kekayaan yang mencukupi untuk hidup seumur hidup kita, kita harus mengejar perkara lain yang tidak berkaitan dengan kekayaan.

Haruskah sesuatu yang lebih penting:

Mungkin hubungan, mungkin seni, mungkin impian dari zaman muda.

Tanpa henti mengejar kekayaan hanya akan mengubah seseorang menjadi makhluk yang berpintal, sama seperti saya.

Tuhan memberikan kita deria supaya kita dapat merasakan cinta dalam hati semua orang, bukan ilusi yang dibawa oleh kekayaan.

Kekayaan yang saya telah menang dalam hidup saya tidak dapat membawa saya.

Apa yang boleh saya bawa hanyalah kenangan yang dicetuskan oleh cinta.

Itulah kekayaan sebenar yang akan mengikuti anda, menemani anda, memberikan kekuatan dan cahaya untuk meneruskan.

Steve Jobs'
Died the 56 year old
Pancreatic Cancer



Nikmati hidup ini bersama insan-insan yang kita sayang. Seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. Kekayaan dan dunia, semakin kita kejar, semakin ia menjauh! Jadikan segala apa yang kita lakukan kerana Allah Taala, agar ia menjadi sumber pahala buat kita. Itulah bekalan yang kekal abadi untuk kita berada di tempat yang  terindah di Syurga kelak, InsyaAllah.  
Cipta memori yang indah kerana itulah yang menjadi kenangan yang tak akan terpadam hingga ke akhir hayat. 



Tuesday 22 January 2019

3 Tips Mula Bisnes dari Rumah

Hi semua.

Mungkin ada yang belum tau, jadi Ummi nak maklumkan kat sini, bahawa Ummi adalah surirumah yang menjalankan bisnes Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah dan dijalankan secara online dan offline. 

Alhamdulilah, dah lebih kurang setahun Ummi bersama Tasneem. Syukur pada Allah, kerana asbab bisnes ni, Ummi dan Team Lvcumimaya dapat jana pendapatan bersama-sama dalam bisnes ini. 


Mungkin ada antara korang yang sedang mencari peluang bisnes dari rumah. Jadi, hari ni Ummi nak share 3 Tips Mula Bisnes dari Rumah. Ni berdasarkan kepada pengalaman Ummi sendiri. 


1. Dapatkan sokongan daripada pasangan
Ni bukan sebab kita ni bini misali ke apa la kan, dapatkan keizinan suami tu memang WAJIB. Sebab, bila dia dah izinkan, mudah la kita nak dapat sokongan dan talian hayat (pertolongan). 

Contohnya mintak tolong faham yang bini sedang carik duit dari rumah. Pastu kalau ada nak bungkus parcel ke, nak pos parcel ke, nak mintak tolong  urus-urus hal rumah dan anak-anak. Haa, tu pentingnya sokongan suami. Kalau suami tak sokong, agak-agak dia tolong dengan ikhlas tak? Walaupun pada hakikatnya kita kerja dari rumah ni nak bantu dia, atau sekurang-kurangnya kita ada duit poket sendiri.






2. Sentiasa ingat bahawa kerja dari rumah perlukan pengorbanan yang besar.
Kalau tengok gambar kat internet, kita mungkin terpedaya yang kerja dari rumah ni enjoi dan santai gila. Haaa, kalau betul macam tu, alhamdulillah. Rezeki kita la tu. Tapi, kalau sebaliknya, sila ingat balik pesanan Ummi ni yer :)


3. Mula dengan apa yang kita ada, dan sebaiknya buat apa yang kita suka (passion)
Takyah sampai nak berhutang bagai, jangan mudah terpedaya dengan bisnes yang bagi pulangan besar atau its too good to be true. Bukan nak kata depa tu menipu, tapi kena beringat. Sekarang bersepah bisnes yang tak perlukan modal dan modal minimum. Haa, buat yang tu dulu. Bina foundation. Dah yakin, dah ada ilmu sikit-sikit (tapi ilmu mesti sentiasa upgrade yer), baru buat kerja atau bisnes yang lebih besar.



Itu jer tips dari Ummi hari ni. Kalau tak tau nak bisnes apa, jangan segan WA Ummi. Nanti Ummi cerita tentang bisnes Tasneem sebagai #TNRangers. Inilah peluang bisnes dari rumah yang dah bantu ramai surirumah dan wanita jana pendapatan lumayan dengan menjual produk baby. 
Boleh wa Ummi kat sini:

Monday 21 January 2019

Tips Pantas Kemas 5 Bahagian Rumah Setiap Hari

Ummi nak share 5 Tips Pantas Kemas 5 Bahagian Rumah Setiap Hari yang mana ia sesuai digunakan oleh semua golongan wanita, tak kiralah kita ni surirumah, wahm, wanita bekerja atau orang bujang yang duduk menyewa. 

Haaa, bujang pun jangan nak malas kemas rumah. Harapkan jer bergaya melaram sakan, tapi bila tengok rumah, ya ampuuunnnn, kenapa pemalas sangat kamu semua ni, hahhaha. Ni contohhhh. Jangan ada yang terasa pulak heheeee. Ummi tau, korang yang baca blog Ummi ni, confirm insan-insan yang rajin jaga kebersihan rumah.

Tips pantas kemas 5 bahagian rumah setiap hari yang Ummi nak share ni merangkumi ruang tamu, dapur, bilik tidur, toilet dan beranda atau balkoni.


1. Ruang Tamu
  • Jumlah perabot, saiz dan susun atur perabot di ruang tamu mainkan peranan. Sesuaikanlah dengan saiz ruang tamu kediaman kita. Kalau kita ni jenis sentiasa busy dan taknak bebankan badan berkemas dan sesakkan otak tengok rumah bersepah, konsep minimalis atau less is more adalah pilihan terbaik.
  • Minimunkan hiasan, takyah la pasu-pasu atau frame kecik banyak sangat. Sikit sudahla.
  • Jika ada throw cushion atas sofa, janganlah terlalu banyak. Cukup beberapa bijik untuk naikkan seri ruang tamu tu.
  • Jika anak bermain di ruang tamu, didik mereka, lepas main terus kemas. Kemas sama macam kita sebagai mak kemas. 
  • Kemas ruang tamu setiap malam sebelum kita tidur. So, bila bangun pagi esoknya tu, satu kerja kita dah takyah buat: mengemas ruang tamu.



2. Dapur
  • Terapkan disiplin: lepas makan minum, dipersilakan cuci pinggan cawan mangkuk ayun segala yang masing-masing guna. Tak payah ngada malas sangat nak longgok kat sinki tunggu mak atau orang lain basuh. Apa, tangan tu berkudis ke kalu cuci sendiri? 
  • Rules bila masak: siap masak, siaplah berkemas segala peralatan dapur yang kita guna untuk masak. Sesambil masak tu, boleh jer kita terus basuh benda yang kita guna, contohnya besen, pisau dan mangkuk.
  • Sampah tetiap hari buang. Kalau boleh 2x sehari, dan malam WAJIB pastikan tiada sampah dalam tong sampah. Lagi pun, dalam Islam pun dah cakap, tak elok ada sampah dalam rumah waktu malam. Jangan nak sayang plastik sampah pulak, nak tunggu penuh sampahnya baru nak buang. Haiiihhh, kedeks sangat pun tak boleh jugak hehehe.
  • Susun pinggan mangkuk cawan di tempatnya atau rak dengan kemas. Tak perlu sampai tahap nak jadi OCD pun, asalkan kemas tersusun sudah ler. Sebab tu saya tak suka banyak pinggan 
  • Letak kat ruang terbuka peralatan yang hari-hari kita guna ajer. Kalau contoh kita ada 10 kuali Tefal, 9 atau 8 simpan la dalam ruang tertutup macam kitchen kabinet. Kuarkan yang kita akan setiap hari guna sudaaaa.
  • Seperti jugak ruang tamu, kemas dapur sebelum masuk tidur.



3. Bilik Tidur
  • Gunakan konsep minimalis is better
  • Kemas bilik setiap pagi bila bangun dari tidur. Ni takyah nak ajar la caner kan. Penat saya nak taip. Hahhahhaa
  • Basuh cadar setiap minggu. Kalau rajin, 2x seminggu especially yang ada anak kecik. Walaupun dorang tak poo poo atas katil tu, tapi untuk tujuan hygiene dan keselesaan.
  • Letak sepasu pokok hidup, untuk kekalkan pengudaraan yang segar dan ceria. Pokok money plant pun boleh. Heh, nak jugak money plant tu :P



4. Toilet
  • Susun toilettories dengan kemas. Pastikan setiap ahli dalam rumah disiplin. Amik situ, simpan situ semula dengan elok.
  • Takyah tunggu seminggu sekali baru nak cuci toilet, nampak jer cam tak berapa bersih, terus ambik berus sental. Sesambil mandi tu haaa, sempat ajer menyental.



5. Beranda atau Balkoni
Ini saya pun selalu failed haha, tapi nak jugak bagi tips. Maklumlah beranda dah kemas sekarang hehhee.
  • Rak kasut pastikan sentiasa kemas. Ambik-simpan kasut selipar dengan teratur
  • Sapu beranda bila nampak ia dah perlu disapu
  • Jika ada letak pasu bunga di beranda, jangan siram terlalu kerap dengan air yang banyak, nanti cepat berlumut lantai beranda
  • Jika ada basikal, motorsikal atau apa-apa barang kat beranda, pastikan ia sentiasa tersusun.

Haaaa... selamat meng-aplikasi-kan tips-tips ni. Ni cara yang boleh kita buat. Bila kita dah buat tetiap hari, so takder la bila sebulan sekali atau setahun sekali masa nak raya tu macam nak pengsan mengemas. Sikit-sikit sudah, dengan kata lain kita maintain ajer kemas rumah. So rumah akan sentiasa nampak kemas dan teratur. 

Till then, semoga tips ni bermanfaat dan feels free to share :)

Images source: Google Image

Friday 18 January 2019

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah oleh Wanita Muslimah

Assalamualaikum.

Hari Jumaat yang mulia ni, Ummi nak share perkongsian daripada Ustazah Fatimah mengenai 22 Amalan Harian yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah oleh Wanita Muslimah untuk panduan kita bersama. 


1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh. Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300 pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin - Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat - Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tengahari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman - Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah, Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan.

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kepada Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin dan Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.


21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dapat amal dan sampaikan. Amin. (All pictures from Google Image)

Thursday 17 January 2019

DOA UNTUK SI ANAK YANG NAKAL

DOA UNTUK SI ANAK YG NAKAL?

Biasanya benda ni memang ramai parent yang buat betul tak? Minta ustaz bagi air untuk bagi si anak tak lasak?

OK jom ummi share kisah parent ni semoga ada pengajaran untuk kita semua.


Mommy : Ustaz, saya penatlah, anak-anak aktif, cakap kena jerit-jerit, rumah semak. Ustaz ada ayat tak, nak bagi anak dengar cakap?

USTAZ : daddy mereka buat apa?

Daddy : Saya pun larang juga ustaz, kadang-kadang tak sabar, rotanlah habuannya, oklah sekejap. Lepas tu, ulang balik. Naik penat dah.

USTAZ : Anak berapa orang ya?

Daddy : 2 orang, ustaz. 1 girl 1 hero.




Mommy : Lasak ustaz. Kot kalau ada ayat pelembut hati untuk anak-anak bagi dengar cakap, bagilah ustaz. Kami cuba.

USTAZ : Umur berapa ya anak-anak?

Mommy : Yang sulung

5 tahun, yang bongsu 3 tahun.



USTAZ : So, sekarang nak ayat bagi anak lembut hati, dengar cakap la ye?

Mereka berdua sama-sama mengangguk.

USTAZ : Sebelum saya nak bagi ayat untuk amalan, saya ada soalan nak tanya. Boleh?

Daddy : Boleh ustaz. Boleh.

USTAZ : Sekarang masing-masing lasak, ‘tak dengar’ cakap, rumah semak. Nak tanya, masa mereka berumur 18 atau 20 tahun, agak-agak rumah semak lagi tak? Boleh Nampak mereka berlari-lari dalam rumah tak? Ada Nampak mereka lompat-lompat atas sofa di rumah tak? Ada Nampak mereka main air dalam bilik air tak? Ada Nampak mereka tukar-tukar baju, kemudian datang depan kita, tanya kita, “MOMMY, DADDY , CANTIK TAK?” Agak-agak dalam 8 tahun lagi, ada Nampak tak semua itu dalam rumah kita?

mereka tertunduk diam. Mommy menitiskan air mata. Si Daddy pulak terkedu terdiam.

Ustaz : Fitrah anak-anak adalah bermain. Kita sebagai ibubapa tidak boleh halang fitrah tersebut. Kita boleh bentuk fitrah tersebut. Kerja dengan mereka. Komunikasi. Itulah ayat pelembut hati untuk anak-anak.

Cuba kita periksa, berapa kali dalam sehari kita baca Al Quran dengan mereka? Berapa kali kita ceritakan kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta Sahabat atau Para Ulama kepada mereka? Berapa kali kita sentuh anak kita dengan belaian? Berapa kali kita peluk anak kita? Berapa kali kita cium anak kita? Berapa kerap kita berbual dengan anak-anak kita? Agak-agak dalam 8 tahun lagi, kita boleh kah buat semua tu pada mereka?

Kita asyik fikir, yang kita perlukan ketenangan, ada kita fikir yang mereka perlukan kasih sayang?

Anak kita nakal, berlari sana sini, lompat sana sini. Sedarkah kita, mereka sedang menegur kita? “Mak ayah, kami kekurangan belaian, belailah kami.”

8 tahun lagi, tuan puan. 8 tahun lagi. Kita tidak akan nampak dah situasi sekarang. Yang kita Nampak waktu itu adalah kenangan tempat mereka melompat, tempat mereka berlari, tempat mereka jatuh.

Kita sebagai ibubapa bukan sekadar membilang hari untuk umur kita, tetapi kita perlu mengira hari umur anak-anak, mereka akan semakin membesar, tidak lama, jika dikira, sebentar sahaja semuanya pantas berlalu. Kenapa perlu BUANG MASA?

Bentuk mereka, main bersama mereka. Ajak mereka kerja bersama. Bukan mereka kerja untuk kita.

Melarang mereka, hanya akan sekadar membuatkan mereka lebih memberontak.

Peluklah mereka, ciumlah mereka, berbuallah dengan mereka dan belailah mereka. Kerana 8 tahun lagi, semua itu sudah terhad untuk kita lakukan.

(mereka berdua tadi menangis)

Mommy : Saya salah ustaz. Saya bukan ibu yang baik. Memang saya asyik marah saja anak, saya tak perasan pun mereka kurang belaian saya. Saya salah.

Daddy : Saya pun asyik marah-marah diorang ustaz. Tak terlewat lagi kan untuk saya ubah, ustaz?

USTAZ : Tidak terlewat, tuan puan. Masih sempat. Tuan puan tidak salah dan bukan ibubapa yang jahat tetapi kita tidak faham. Masih sempat untuk ubah suasana.

Daddy: Terima kasih ustaz atas nasihat.

Mommy : Terima kasih ustaz.

USTAZ : Sama-sama. BarakALLAHu Fiikum. Semoga sentiasa bahagia dalam Rahmat dan Redha ALLAH.

Mereka berlalu.

Kepada ibubapa lain. Ingatlah, 8-10 tahun bukan masa yang panjang, singkat sahaja untuk pembesaran anak-anak.

Hargai setiap detik itu. Supaya kita tidak menyesali setiap detik itu suatu masa nanti.

Sumber:fb

#lvcumimaya

Jom Deko Bersama Ummi

Hi semua!
Ada tak kat sini geng deko? Sepppp sikittt! Sebab Ummi pun kaki deko. 

Haaa, nak tau tak. Semenjak masuk tahun baru 2019 ni kan, makin semangat tau Ummi nak deko-deko rumah. Dah rasa macam aura Jom Deko! tu membara gitu. Maklumlah, Ummi kan WAHM, jadi boleh dikatakan sepanjang hari duduk kat rumah. Jadi, rumah pun kenalah sentiasa sedap mata memandang. 


Buat masa ni, masih lagi dalam proses mengemas, menyelongkar, menyisih dan clear-kan apa yang perlu. Sambil tu, suka sangat Ummi scroll gambar-gambar dekorasi di internet untuk dapatkan idea dan inspirasi. Inilah antara gambar-gambar dekorasi yang boleh kita sama-sama cuci mata!

Dapat tengok gambar sampel kain dan warna cat macam ni pun dah rasa ohhh seronoknya! 
Kaki deko jer faham perasaan teruja dan seronoknya tu macam mana hihi.


Alamak! Cantiknya kombinasi warna dan corak ni. Kenapa cantik sangat ni. Dah la Ummi suka kaler hitam. Design ni nampak mewah dan elegant sangat!


Damai mata melihatnya. Comel pulak dedaun rumput hijau tu. Naik seri ruang ni.


Ruang macam ni nampak lapang dengan dekorasi ringkas. Lawanya.


Cosy. Ini kalau sapu pulak Sleep Time balm sebelum tidur, bertambah-tambah lena dibuatnya. Silap-silap Ummi yang lena terlebih banding anak ni, hihi. 


Terujanya tengok ruang makan yang simple dan cantik macam ni. 

SOHO! Antara ruang kerja di rumah yang Ummi idamkan. Maklumlah, Ummi kan bisnes dari rumah dengan Tasneem Naturel Business, jadi memang perlukan ruang kerja aka SOHO untuk urusan bisnes. InsyaAllah, pasti ada rezeki nanti. 


Okey, nanti Ummi share lagi entry tentang dekorasi. Korang yang kaki deko, jomlah follow blog Ummi. Jangan lupa tinggal jejak kat komen tau, nanti Ummi follow korang semula. Boleh la kita bertukar-tukar idea dekorasi. 

Itu jer untuk harini, sekarang nak buat coaching anak bisnes untuk Team Lvcumimaya. Deko-deko jugak kan, tanggungjawab sebagai Leader dalam bisnes, kena utamakan jugak. Kerana memang matlamat Ummi untuk bantu orang lain juga capai impian mereka dengan bisnes Tasneem Naturel. Kejayaan mereka adalah kejayaan Ummi juga.Sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Image source: Pixabay.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...