Friday 8 February 2019

Resepi Lontong Goreng Mudah dan Sedap

Eh, rasa macam musim raya pulak kan bila sebut pasal lontong. Alahai, sedapnya lontong atau nasi himpit makan dengan rendang. Takper, bila aura rajin tu datang, kita buat okey. 

Mesti pernah kan, bila masak rendang nak makan dengan nasi himpit, tapi rendang dah habis, nasi himpit berketul-ketul lagi tak habis! Ini kes makan lauk banyak la ni haha. Tak pun, nak jugak makan rendang dengan nasik, tak kenyang makan nasik himpit. Eh perut ni kan, nak nasik jugakkk!

Jadi, untuk tidak membazirkan nasik himpit yang tak berkecukupan rendang tu, Ummi nak share resepi bestttt menggunakan nasi himpit iaitu resepi lontong goreng mudah dan sedap. Konfem tak membazir nasik himpit tu. Kalau tak cukup tu yer! Sebab memang sedap sangat, nak makan sebagai sarapan boleh, lunch boleh dan bebila jer boleh. Untuk buat jamuan makan-makan pun sesuai!


Bahan-bahan seperti dalam gambar di atas:
Nasik himpit 
Isi dada ayam 
Telur
Kiub ayam
Sos cili
Daun sup
Garam
Gula
Minyak (untuk menumis & goreng ayam)
Garam & kunyit serbuk (untuk goreng ayam)
Cili + bawang merah + bawang putih (blender)
(Nak gantikan dengan cili padi + bawang merah + bawang putih TUMBUK pun boleh, lagi sedap!)


Cara-cara:
Lumur garam & kunyit pada ayam dan goreng separuh masak
Potong kecil-kecil isi ayam digoreng tadi
Potong nasi himpit macam kita potong nak makan dengan rendang



Tumis pes cili dan bawang hingga garing 
Masukkan telur
Masukkan ayam goreng 
Masukkan sos cili 
Masukkan kiub ayam
Masukkan garam & gula
Masukkan nasi himpit
Masukkan daun sup

Nak letak sedikit kicap pun boleh, ikut selera masing-masing.

Gaul dan kacau sehingga sebati dan masak.
Masak dengan api perlahan, sebab taknak melekat atau nasi himpit hancur.


SIAP!

Inilah hasilnya. 
Lontong Goreng Mudah & Sedap.


Okey, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...