Tuesday 12 March 2019

About me c'umimaya



(si maya lah punca ummi bersama tasneem dan berubah ) 

Assalamualaikum untuk yg belum kenal ummi hari ni ummi nak cerita sedikit kisah pejalanan hidup ummi sepanjang 32 tahun 
ummi hidup ni kepada korang semua...


(adik beradik ummi) 

Ummi anak sulung dari 3 beradik perempuan. Kami dilahirkan dalam keluarga yg kurang kemampuan. Tapi emak dgn ayah sentiasa berusaha yg terbaik untuk kami. Sejak kecik ummi adalah anak yg high maintenance. Ye lah selalu sakit je. Lepas tu nak sekolah cina pulak tu. 

Ummi pandai membaca dan menulis umur 4 tahun dan suka bahasa cina. Sampai semua cerita cina je ummi tengok. Maka emak ambik. Keputusan masuk kan ummi sekolah cina. Makaaa bermula lah mereka struggle sebab cost sekolah cina bukan murah.


(Ni lah sekolah ummi dulu) 

Dalam tempoh itu pun bermacam2 ujian kami terima. Ayah difitnah dan dipenjarakan emak pulak terpaksa berhenti Kerja. Kami merempat dari satu rumah ke satu rumah kalau dihalau pun tu biasa sangat.



Tiada siapa membantu kami waktu tu tapi ramai ambik kesempatan mempergunakan kami adik beradik. Ummi pernah dihantar berkerja kedai makan dengan alasan nak sambung sekolah. Tapi berbulan2 ummi tetap dia tak hantar ke sekolah. Ummi lari balik kat mak. Sedih dia tengok ummi yg masa tu berusaha nak sekolah balik.


(tempat ummi mencari rezeki) 


Ummi berusaha untuk ke sekolah contoh ummi pergi kutip tin, besi buruk, kotak semua tu kat tempat sampah memang biasa lah orang hina. Ummi curi ubi kayu org, bawa balik makan. 


(macam ni lah lebih kurang nasi yg dire dam umi dapat makan) 

lepas tu ummi paling tak kan lupa ummi rendam kerak nasi ummi makan sebab nasi ummi dah bagi emak dengan adik...

Ya Allah masa tu ummi bersumpah aku tak kan miskin lagi ya Allah kau berikan lah aku kesenangan supaya aku mampu membantu orang lain dari kesusahan... 

Tahun demi tahun sampai lah hari yg paling sedih dalam hidup ummi....


Hari EMAK Hilang...



Ye 18 tahun dah mak ummi hilang bermacam2 usaha lagi ummi. Buat untuk cari emak, bayangkan lah ic pun mak tak pernah buat yg baru. Semua cara dah Cuba tapi masih tak jumpa.

Hati anak. Mana. Tak sedih dan tak rindu kasih sayang sorang emak... Namum kami redha. 


2011 Diuji Berita Menghidap Brain tumor!!! 



Hanya Allah tahu masa tu jiwa ummi kosong rasa entah berapa lama aku boleh hidup lagi didunia ni? Dosa banyak tak tertebus. 

2012 ummi terbang ke London menjalani operation disana dan balik ke Malaysia dalam keadaan hilang ingatan sementara. Tanya lah family ummi berapa teruknya masa tu hanya ingin hidup sendiri dan bila mana ingatan mula nak masuk sakitnya Allah je yg tahu. 

Tapi Allah sangat baik dia yg memberi sakit dia jugak memulihkan. Alhamdulillah sekarang ummi dapat hidup sihat walaupun kadang2 datang sakit tu tapi masih mampu untuk terus bersyukur.


( ni tempat Kerja ummi dulu income 5k above) 

Tahun berganti tahun ummi semakin berjaya dan dipermudahkan segala urusan. Dapat Kerja yg bagus gaji RM5k-10k pejam mata je sebab ummi keje marketing sales so siapa Kerja faham lah keje macam nak gila 24/365.


(ni company yg ummi buat me akan diri sendiri) 

Tapi biasa lah kita tak selalu diatas kadang dibawah. Di uji pulak kali ni partner bisnes yg menaruh hati dan bila ditolak dia sabotaj pulak kita tinggal kan company dam biar kan ummi tanggungjawap semua.
Dan ummi pun berkahwin dan bermula lah kehidupan yg susah tanpa Kerja tanpa duit. 

Bila ada anak, Pulak Diuji dengan anak yg diuruskan sendiri untuk pertama kalinya. 


Suatu hari ummi stress masalah anak susah tido bertambah rungsing hati.
Ummi jumpa balm tasneem dan mengunakannya alhamdulillah serasi. Lalu bermula lah ummi sebagai penguna dan agen kepada tasneem.

Cabaran Berbisnes 

Apa yg ummi lalui susah payah menjual balm tasneem sama macam orang lain. Sambil mengurus kan anak dan bisnes ianya tida semudah yg disangka.

Pernah down dalam bisnes!!!

Ye diuji kembali kejatuhan bisnes tapi ianya tidak mematahkan pun semangat ummi untuk teruskan bersama tasneem.

"TASNEEM ASBAB BERUBAH KEMBALI PADA ALLAH"


ini lah kebenaran!  Dalam tasneem ni ummi mula munasabah diri. Ikhlas kan hati dikelilingi sahabat2 yang hebat memberi impak besar ummi dapat kembali ke jalan yg benar.



Dan semakin lama hidup ummi menjadi lebih bermakna tanpa rasa susah hati tamak, bongkak, Allah sangat baik menguji dan terus diuji sampai satu tahap kita rasa ujian bukan lagi ujian yg susah untuk kita hadapi.


Jika kita lihat pejalanan hidup kita ni memang perlukan ujian sebab ujian itu lah membantu kita untuk rasa semua pekara itu boleh kita selesaikan dengan mudah.
Rezeki yg Allah bagi pun tanpa putus selepas kita munasabah kan diri kita. Kembali pada Allah hidup kita sangat bermakna.




Nasihat ummi untuk yg diluar sana yg kata akan hidup mereka susah, sebenarnya ada yg lebih susah dari kalian. Usaha lah semampu kita jangan kita menghantar signal pada otak kita mengatakan hidup ini susah.

Sebenarnya hidup tak susah kalau kita mengunakan cara yg betul.
SAMPAI sini dulu cerita ummi. Insyallah kita sambung lagi untuk masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...