Friday 8 March 2019

KAKI AYAM WITH CENDAWAN CHINESE STYLE





Jom Follow resepi ni:

Kaki Ayam bersama Cendawan masak Sos Tiram. Lauk ni memang popular di kalangan kaum Cina.  Samada makan di restaurant, restaurant Dim Sum atau pun masak sendiri di rumah.

Cara memasak  :



1. 15 Kaki Ayam ( bersih dan toskan,  pastikan kaki ayam cukup kering sebelum di goreng )

2. 10 Shiitake Mushrooms ( rendam sampai kembang dan lembut. Simpan air rendam utk di masak nanti )

3. Panaskan minyak dan masukkan kaki ayam.  Goreng sehingga kekuningan. Semasa menggoreng tutup dgn penutup periuk kerana minyak akan meletus macam bunga api. Tunggu bila bunyi dah berkurangan baru buka penutup periuk dan gaulkan kaki ayam tersebut.  Apabila dah kekuningan sepenuhnya, terus angkat dan taruh ke dlm air yg sejuk. Rendam dlm air sejuk selama 1 jam atau sampai kaki ayam kembang sepenuhnya. Selepas tu.. Toskan.

4. Panaskan minyak dgn secukupnya,  masukkan bawang putih (8 ulas di potong kecil), sekeping halia ( di potong hilis) dan Bunga Lawang ( 8 kumtum).  Tumis sehingga bawang putih naik aroma dan masukkan sos tiram dan kaki ayam yg sudah direndam bersama air cendawan yg di simpan tadi.  Gaul sebati selama 2 mins. Kemudian add sos kicap cair, kicap pekat, garam, gula, pepper dan minyak bijan.


5. Semasa memasak pastikan air melepasi kaki ayam. Jikalau air rendam tidak cukup, tambah air biasa pun boleh. Sentiasa cek dan gaulkan.  Tambah air jikalau perlu.  Rebus selama 1 jam atau lebih atau sehingga kaki ayam empuk.  Rasa dulu apa yg kurang sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba . .

Credit: Jes Tham (AMKYP)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...