Thursday 3 January 2019

Parenting

Ummi terjumpa tips sawan so untuk parent yg risau anak kena sawan tu please Guna tips Ni ok!

Jika sawan/seizures pada kanak-kanak terjadi :

✖️ Elak dari menggoyang-goyangkan tubuh anak anda dengan tujuan menyedarkannya dari sawan.

✔ Sebaiknya di jauhkan segala peralatan/benda yang merbahaya yang dikhuatiri akan mencederakan anak anda.

✖️Jangan alihkan anak anda kecuali anak berada di dalam kawasan merbahaya seperti atas katil yang tiada berpagar, atas tangga atau bilik air.

✔ Biarkan sawan anak berhenti sendiri daripada anda memegang, menahan atau menampar mukanya dengan tujuan mahu menyedarkannya.

✖️Jangan cuba-cuba untuk menyumbat (menyendal) mulut anak anda dengan apa-apa barang seperti sudu/kunci (kerana ada yang memberi alasan melakukan perbuatan demikian kerana khuatir anak akan tergigit lidah hingga putus). Perkara ini dikhuatiri akan menyebabkan giginya patah lalu menyekat salur pernafasannya.

✖️Jangan gegar tubuh anak anda, mitos bahawa air liur kanak-kanak yang mengalami sawan akan menjangkiti orang lain adalah salah.

✔ Bawa anak ke hospital jika serangan sawan berulang. Perhati pada jenis sawan yang berlaku, uprolling eyes, tempoh masa kejadian sawan yang berlaku (every second count) serta kekejangan anggota badan yang terlibat.

✖️Elak dari memasukkan apa-apa jenis ubatan atau air di dalam mulut anak anda. Tunggu sehingga anak betul-betul sedar dahulu.

✔ Posisikan anak lateral/mengiring sebaik sawan berakhir supaya lidah tidak menutup salur pernafasan (airway) dan dapat mengelak dari air liur berkumpul dalam mulut.

✔️Masa sawan/seizure tu berlaku, badan anak-anak akan kaku dan dia mungkin akan berhenti bernafas dan turn blue (pucat kebiruan). Ibu bapa jangan panic dan bawa bertenang.

✔️ Bagi kes anak yang pernah/kerap mengalami sawan, pastikan anak-anak patuh dengan pengambilan regime ubatan yang betul serta mengikut temujanji seperti yang telah ditetapkan oleh doktor.

✔️Bawa segera anak kehospital jika sawan melebihi 5 minit atau sejurus sawan telah berhenti.

✔️ Redakan sebarang demam panas dengan melakukan mandi berjelum (tepid sponging) keatas anak-anak supaya tidak mendapat sawan yang ke dua.

P/s:
Lebih banyak anda menggoncang bayi/kanak-kanak sewaktu sawan, anda berisiko untuk mencederakan bayi anda.

Sumber fb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...