Wednesday 16 January 2019

Teknik Memeluk bagi Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Memeluk anak memang sangat-sangat penting sejak mereka baru lahir hinggalah dewasa. Eh, bukan saja dewasa, tapi sampai akhir hayat! Kerana pelukan adalah salah satu daripada cara kita menunjukkan emosi dan rasa sayang kepada seseorang, khususnya daripada seorang ibu bapa kepada anak. 

Sebab itulah, kita kena biasakan memeluk anak-anak. Biasanyanya kita ni bila anak dah sekolah, dah besar sikit, mulalah rasa segan. Anak-anak pun ada jugak yang rasa segan bila ibu bapa nak peluk. Sebab apa? Sebab mungkin kita tak terapkan dan didik anak tentang erti pelukan daripada ibu bapa kepada anak dan daripada anak kepada ibu bapa.


Ada juga yang rasa segan bila kawan-kawan tengok! Mungkin ini kerana budaya bangsa Melayu yang majoritinya kurang menzahirkan perasaan kasih sayang melalui perbuatan, iaitu pelukan. Namun, sebagai ibu bapa, kita yang mencorakkan anak-anak kita. Jadi, jangan sia-siakan keindahan kasih sayang ini kerana budaya dan rasa malu tak bertempat!


Okey, panjang mukadimah Ummi bagi yer hehe. Sebenarnya Ummi ada jumpa satu post di FB semalam, yang dikongsikan oleh Puan Noor Azwanie di FB beliau iaitu Teknik memeluk bagi anak lelaki dan anak perempuan. Kita tengok kat gambar ni.

Saya taip semula di sini supaya lebih jelas untuk kita baca. Teknik Memeluk bagi Anak Lelaki dan Anak Perempuan:

"Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu, ANCHOR POINTnya. Semoga bila mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, InsyaAllah, dia akan pasak dan ingat sampai bila-bila..."


"Bagi anak lelaki, ANCHOR POINT-nya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosokanlah beberapa saat. Bagilah se'das dua' nasihat. Tak boleh cakap banyak pun. Nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau".


Jom kita amalkan untuk anak kita. Semoga ilmu ni dapat kita sama-sama manfaatkan dalam mendidik anak dan membina kasih sayang keluarga, InsyaAllah. Terima kasih kepada Puan Noor Azwanie di atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah merahmati Puan, InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...