Friday, 18 January 2019

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah oleh Wanita Muslimah

Assalamualaikum.

Hari Jumaat yang mulia ni, Ummi nak share perkongsian daripada Ustazah Fatimah mengenai 22 Amalan Harian yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah oleh Wanita Muslimah untuk panduan kita bersama. 


1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh. Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300 pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin - Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat - Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tengahari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman - Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah, Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan.

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kepada Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin dan Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.


21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dapat amal dan sampaikan. Amin. (All pictures from Google Image)

Thursday, 17 January 2019

DOA UNTUK SI ANAK YANG NAKAL

DOA UNTUK SI ANAK YG NAKAL?

Biasanya benda ni memang ramai parent yang buat betul tak? Minta ustaz bagi air untuk bagi si anak tak lasak?

OK jom ummi share kisah parent ni semoga ada pengajaran untuk kita semua.


Mommy : Ustaz, saya penatlah, anak-anak aktif, cakap kena jerit-jerit, rumah semak. Ustaz ada ayat tak, nak bagi anak dengar cakap?

USTAZ : daddy mereka buat apa?

Daddy : Saya pun larang juga ustaz, kadang-kadang tak sabar, rotanlah habuannya, oklah sekejap. Lepas tu, ulang balik. Naik penat dah.

USTAZ : Anak berapa orang ya?

Daddy : 2 orang, ustaz. 1 girl 1 hero.




Mommy : Lasak ustaz. Kot kalau ada ayat pelembut hati untuk anak-anak bagi dengar cakap, bagilah ustaz. Kami cuba.

USTAZ : Umur berapa ya anak-anak?

Mommy : Yang sulung

5 tahun, yang bongsu 3 tahun.



USTAZ : So, sekarang nak ayat bagi anak lembut hati, dengar cakap la ye?

Mereka berdua sama-sama mengangguk.

USTAZ : Sebelum saya nak bagi ayat untuk amalan, saya ada soalan nak tanya. Boleh?

Daddy : Boleh ustaz. Boleh.

USTAZ : Sekarang masing-masing lasak, ‘tak dengar’ cakap, rumah semak. Nak tanya, masa mereka berumur 18 atau 20 tahun, agak-agak rumah semak lagi tak? Boleh Nampak mereka berlari-lari dalam rumah tak? Ada Nampak mereka lompat-lompat atas sofa di rumah tak? Ada Nampak mereka main air dalam bilik air tak? Ada Nampak mereka tukar-tukar baju, kemudian datang depan kita, tanya kita, “MOMMY, DADDY , CANTIK TAK?” Agak-agak dalam 8 tahun lagi, ada Nampak tak semua itu dalam rumah kita?

mereka tertunduk diam. Mommy menitiskan air mata. Si Daddy pulak terkedu terdiam.

Ustaz : Fitrah anak-anak adalah bermain. Kita sebagai ibubapa tidak boleh halang fitrah tersebut. Kita boleh bentuk fitrah tersebut. Kerja dengan mereka. Komunikasi. Itulah ayat pelembut hati untuk anak-anak.

Cuba kita periksa, berapa kali dalam sehari kita baca Al Quran dengan mereka? Berapa kali kita ceritakan kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta Sahabat atau Para Ulama kepada mereka? Berapa kali kita sentuh anak kita dengan belaian? Berapa kali kita peluk anak kita? Berapa kali kita cium anak kita? Berapa kerap kita berbual dengan anak-anak kita? Agak-agak dalam 8 tahun lagi, kita boleh kah buat semua tu pada mereka?

Kita asyik fikir, yang kita perlukan ketenangan, ada kita fikir yang mereka perlukan kasih sayang?

Anak kita nakal, berlari sana sini, lompat sana sini. Sedarkah kita, mereka sedang menegur kita? “Mak ayah, kami kekurangan belaian, belailah kami.”

8 tahun lagi, tuan puan. 8 tahun lagi. Kita tidak akan nampak dah situasi sekarang. Yang kita Nampak waktu itu adalah kenangan tempat mereka melompat, tempat mereka berlari, tempat mereka jatuh.

Kita sebagai ibubapa bukan sekadar membilang hari untuk umur kita, tetapi kita perlu mengira hari umur anak-anak, mereka akan semakin membesar, tidak lama, jika dikira, sebentar sahaja semuanya pantas berlalu. Kenapa perlu BUANG MASA?

Bentuk mereka, main bersama mereka. Ajak mereka kerja bersama. Bukan mereka kerja untuk kita.

Melarang mereka, hanya akan sekadar membuatkan mereka lebih memberontak.

Peluklah mereka, ciumlah mereka, berbuallah dengan mereka dan belailah mereka. Kerana 8 tahun lagi, semua itu sudah terhad untuk kita lakukan.

(mereka berdua tadi menangis)

Mommy : Saya salah ustaz. Saya bukan ibu yang baik. Memang saya asyik marah saja anak, saya tak perasan pun mereka kurang belaian saya. Saya salah.

Daddy : Saya pun asyik marah-marah diorang ustaz. Tak terlewat lagi kan untuk saya ubah, ustaz?

USTAZ : Tidak terlewat, tuan puan. Masih sempat. Tuan puan tidak salah dan bukan ibubapa yang jahat tetapi kita tidak faham. Masih sempat untuk ubah suasana.

Daddy: Terima kasih ustaz atas nasihat.

Mommy : Terima kasih ustaz.

USTAZ : Sama-sama. BarakALLAHu Fiikum. Semoga sentiasa bahagia dalam Rahmat dan Redha ALLAH.

Mereka berlalu.

Kepada ibubapa lain. Ingatlah, 8-10 tahun bukan masa yang panjang, singkat sahaja untuk pembesaran anak-anak.

Hargai setiap detik itu. Supaya kita tidak menyesali setiap detik itu suatu masa nanti.

Sumber:fb

#lvcumimaya

Jom Deko Bersama Ummi

Hi semua!
Ada tak kat sini geng deko? Sepppp sikittt! Sebab Ummi pun kaki deko. 

Haaa, nak tau tak. Semenjak masuk tahun baru 2019 ni kan, makin semangat tau Ummi nak deko-deko rumah. Dah rasa macam aura Jom Deko! tu membara gitu. Maklumlah, Ummi kan WAHM, jadi boleh dikatakan sepanjang hari duduk kat rumah. Jadi, rumah pun kenalah sentiasa sedap mata memandang. 


Buat masa ni, masih lagi dalam proses mengemas, menyelongkar, menyisih dan clear-kan apa yang perlu. Sambil tu, suka sangat Ummi scroll gambar-gambar dekorasi di internet untuk dapatkan idea dan inspirasi. Inilah antara gambar-gambar dekorasi yang boleh kita sama-sama cuci mata!

Dapat tengok gambar sampel kain dan warna cat macam ni pun dah rasa ohhh seronoknya! 
Kaki deko jer faham perasaan teruja dan seronoknya tu macam mana hihi.


Alamak! Cantiknya kombinasi warna dan corak ni. Kenapa cantik sangat ni. Dah la Ummi suka kaler hitam. Design ni nampak mewah dan elegant sangat!


Damai mata melihatnya. Comel pulak dedaun rumput hijau tu. Naik seri ruang ni.


Ruang macam ni nampak lapang dengan dekorasi ringkas. Lawanya.


Cosy. Ini kalau sapu pulak Sleep Time balm sebelum tidur, bertambah-tambah lena dibuatnya. Silap-silap Ummi yang lena terlebih banding anak ni, hihi. 


Terujanya tengok ruang makan yang simple dan cantik macam ni. 

SOHO! Antara ruang kerja di rumah yang Ummi idamkan. Maklumlah, Ummi kan bisnes dari rumah dengan Tasneem Naturel Business, jadi memang perlukan ruang kerja aka SOHO untuk urusan bisnes. InsyaAllah, pasti ada rezeki nanti. 


Okey, nanti Ummi share lagi entry tentang dekorasi. Korang yang kaki deko, jomlah follow blog Ummi. Jangan lupa tinggal jejak kat komen tau, nanti Ummi follow korang semula. Boleh la kita bertukar-tukar idea dekorasi. 

Itu jer untuk harini, sekarang nak buat coaching anak bisnes untuk Team Lvcumimaya. Deko-deko jugak kan, tanggungjawab sebagai Leader dalam bisnes, kena utamakan jugak. Kerana memang matlamat Ummi untuk bantu orang lain juga capai impian mereka dengan bisnes Tasneem Naturel. Kejayaan mereka adalah kejayaan Ummi juga.Sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Image source: Pixabay.com

Wednesday, 16 January 2019

Teknik Memeluk bagi Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Memeluk anak memang sangat-sangat penting sejak mereka baru lahir hinggalah dewasa. Eh, bukan saja dewasa, tapi sampai akhir hayat! Kerana pelukan adalah salah satu daripada cara kita menunjukkan emosi dan rasa sayang kepada seseorang, khususnya daripada seorang ibu bapa kepada anak. 

Sebab itulah, kita kena biasakan memeluk anak-anak. Biasanyanya kita ni bila anak dah sekolah, dah besar sikit, mulalah rasa segan. Anak-anak pun ada jugak yang rasa segan bila ibu bapa nak peluk. Sebab apa? Sebab mungkin kita tak terapkan dan didik anak tentang erti pelukan daripada ibu bapa kepada anak dan daripada anak kepada ibu bapa.


Ada juga yang rasa segan bila kawan-kawan tengok! Mungkin ini kerana budaya bangsa Melayu yang majoritinya kurang menzahirkan perasaan kasih sayang melalui perbuatan, iaitu pelukan. Namun, sebagai ibu bapa, kita yang mencorakkan anak-anak kita. Jadi, jangan sia-siakan keindahan kasih sayang ini kerana budaya dan rasa malu tak bertempat!


Okey, panjang mukadimah Ummi bagi yer hehe. Sebenarnya Ummi ada jumpa satu post di FB semalam, yang dikongsikan oleh Puan Noor Azwanie di FB beliau iaitu Teknik memeluk bagi anak lelaki dan anak perempuan. Kita tengok kat gambar ni.

Saya taip semula di sini supaya lebih jelas untuk kita baca. Teknik Memeluk bagi Anak Lelaki dan Anak Perempuan:

"Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu, ANCHOR POINTnya. Semoga bila mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, InsyaAllah, dia akan pasak dan ingat sampai bila-bila..."


"Bagi anak lelaki, ANCHOR POINT-nya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosokanlah beberapa saat. Bagilah se'das dua' nasihat. Tak boleh cakap banyak pun. Nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau".


Jom kita amalkan untuk anak kita. Semoga ilmu ni dapat kita sama-sama manfaatkan dalam mendidik anak dan membina kasih sayang keluarga, InsyaAllah. Terima kasih kepada Puan Noor Azwanie di atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah merahmati Puan, InsyaAllah. 

Tuesday, 15 January 2019

Senarai Keperluan Ibu Berpantang

Dalam entry semalam, kita dah tengok Checklist Barang Baby Newborn. Boleh klik kat link Ummi bagi tu untuk baca. 

Eh, ni saja nak share gambar set tilam kekabu. Korang boleh beli kat IG shop. Macam-macam pilihan set tilam kekabu, baby nest, blanket baby dan comforter. Ya Allah, memang rambang mata dibuatnya layan IG shop jual barangan baby ni.


Okey, share pasal Checklist Barang Baby Newborn dah selesai, kita share pulak Checklist Keperluan Ibu Berpantang. Juga saya ambil source ni daripada FB Puan Aida Bani.

Senarai Keperluan Ibu Berpantang :
1-Set Berpantang (Supplement / Jamu)
2-Tungku Ibu 
3-Tuam/tungku baby - Tuam baby untuk elak baby kembung perut 
4-Baju sejuk / Sweater 
5-Kain batik 
6-Stokin (cari yang tebal untuk mengelakkan kaki masuk angin) 
7-Nursing bra 
8-Maternity Pad 
9-Tuala mandi 
10-Breast pad (boleh cari yang washable / disposable) 
11-Tukang urut (boleh start survey awal2) 
12-Bengkung 
13-Air Zam-zam / selusuh


Extra:
1-Penyangkut Baju Berklip 
2-Mainan baby (soft toys & colour yang striking) 
3-Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki) 
4-Hanger 
5-Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby





Bakal ibu boleh juga gunakan Balm Tasneem Calm Time sepanjang tempoh berpantang. Sebab balm Calm memberikan rasa rileks dan tenang. Yelah, bila dalam pantang ni, hormon berubah, rutin berubah dan kita mungkin rasa agak stress. Jadi, sapuan balm Calm Time insyaAllah dapat membantu meredakan stress bila kita rasa tenang. Baunya yang sangat lembut memang mendamaikan.

Set Happy Family Tasneem Balm

Nanti, bila dah beli Set Newborn atau Set Happy Family, bolehlah ibu tumpang guna sekali dengan baby. Anak-anak lain pun boleh guna jugak, sebab balm Tasneem ni memang sesuai untuk digunakan seisi keluarga, dari baby sehinggalah dewasa. 

Untuk penggunaan pada bayi, dinasihatkan untuk mendapatkan consulatasi daripada Agent sah Tasneem. Anda boleh hubungi Ummi untuk consultasi percuma. FAQ Tasneem, boleh rujuk kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...